a privilege to have photo with Tun Salleh Abas and Dato’ Seri Gopal Sri Ram at the Court of Appeal

a privilege to have photo with Tun Salleh Abas and Dato’ Seri Gopal Sri Ram at the Court of Appeal - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul a privilege to have photo with Tun Salleh Abas and Dato’ Seri Gopal Sri Ram at the Court of Appeal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : a privilege to have photo with Tun Salleh Abas and Dato’ Seri Gopal Sri Ram at the Court of Appeal
link : a privilege to have photo with Tun Salleh Abas and Dato’ Seri Gopal Sri Ram at the Court of Appeal

Baca juga


a privilege to have photo with Tun Salleh Abas and Dato’ Seri Gopal Sri Ram at the Court of Appeal

It is a privilege to have photo with Tun Salleh Abas and Dato’ Seri Gopal Sri Ram at the Court of Appeal this morning.
Hari ni kedua-dua tokoh ini adalah “rival” di dalam kes perebutan Wisma Tok Guru di Kelantan. Tun Salleh menjadi peguam untuk PAS dan Dato’ Seri Gopal Sri Ram pula menjadi peguam untuk Husam. Ia seolah-olah seperti mengembalikan mereka ke zaman muda-muda dulu yang pernah “bertempur” diantara satu sama lain di dalam Mahkamah sebelum masing-masing dilantik menjadi hakim. Kebetulan aku pun ada kes di Court room yang sama, dapatlah aku ikuti penghujahan dari mereka berdua. 

Orang undang-undang bila sebut je nama Tun Salleh Abas, mesti mereka akan recall at least 2 benda. Pertama ialah krisis kehakiman atau “judicial crisis” pada tahun 1988 di mana beliau merupakan Ketua Hakim Negara pada masa itu telah dipecat. Vip di tengkuk dia tu pun masih lagi Vip hakim, bukan Vip peguam macam yang aku pakai. Kedua adalah kes Che Omar Che Soh. Kes ni Tun Salleh Abas yang putuskan. Ni kira kes wajib dalam subjek “Malaysian Legal System” dan “Law of Constitution”. Kes ni popular sebab ia membingcangkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan dan status Malaysia sebagai negara “sekular”. So kes ini akan terus dirujuk dan nama Tun Salleh Abas akan terus disebut selagimana pertikaian mengenai Islam dan status negara Malaysia di dalam Perlembagaan terus diperdebatkan. 

Dato’ Seri Gopal Sri Ram pula adalah satu-satunya peguam yang terus dilantik menjadi Hakim Mahkamah Rayuan ketika ia ditubuhkan pada tahun 1994 dan beliau adalah Hakim Mahkamah Rayuan yg paling lama sebelum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan. 

Beliau seorang hakim yg tegas dan sangat dalam ilmu undang-undangnya. Masak la kalau “appear” depan dia kalau tak bersedia. Cintanya dia ni kepada undang-undang sampai beliau pernah saman bekas rakan kongsi firmanya dulu semata-mata untuk claim balik buku-buku yang beliau beli dan letakkan di library firma dia tu. The case is reported. 

Beliau seorang yg tegas semasa jadi hakim dan setelah kembali menjadi peguam. Aku pernah bersama dengan beliau semasa di dalam kes Election Petition Perak selepas PRU-13 dulu. Masa itu beliau dilantik sebagai Counsel bagi Pakatan Rakyat untuk bantu kami di Perak. Dalam perbincangan tu, hanya ada 7 orang peguam je tak silap aku. So memang very close discussion la. Yang paling aku ingat, dia boleh relax je sound seorang peguam senior di situ semata-mata sebab peguam tu tengok handphone dia. Aku pun jadi malu bila tengok peguam itu kena sound depan-depan macam tu je. Dia tegas dan serius bila berbincang soal undang-undang. No play-play. Undang-undang ni ibarat kekasih dia la. 

Tadi pun dalam Mahkamah dia boleh relax je sound seorang peguam kerana tidak cermat dalam kerja. Semua orang terkejut. Aku senyum je la sebab aku memang kenal dia. Kalau kau buat kerja cincai, silap la. Dia antara Hakim yg aku sangat respect. Dia sangat progressif dalam mentafsirkan undang-undang. Dia akan menerokai undang-undang seperti kita menyelam ke laut yang dalam. Macam-macam otoriti dia petik, dalam dan luar negara, dan kupasannya sangat menarik. Aku tengok dalam kes-kes Judicial Review yang dia putuskan, beliau cuba kembangkan undang-undang untuk memberi lebih keadilan kepada Pemohon walaupun kebanyakkan keputusannya itu akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. 

Senang cerita, baca judgment beliau memang tak bosan la walaupun berjelar-jelar macam judgment Yang Arif Abdul Malik Ishak.


Demikianlah Artikel a privilege to have photo with Tun Salleh Abas and Dato’ Seri Gopal Sri Ram at the Court of Appeal

Sekianlah artikel a privilege to have photo with Tun Salleh Abas and Dato’ Seri Gopal Sri Ram at the Court of Appeal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel a privilege to have photo with Tun Salleh Abas and Dato’ Seri Gopal Sri Ram at the Court of Appeal dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/07/a-privilege-to-have-photo-with-tun.html

Subscribe to receive free email updates: