Judul : ‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’
link : ‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’
‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’
Hospital Putrajaya berkata, Hanipa Maidin kini dalam keadaan stabil dan pemerhatian 24 jam.
PETALING JAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Mohamed Hanipa Maidin yang rebah pada perjumpaan bulanan perdana menteri dengan warga JPM, dijangka keluar hospital esok.
Hospital Putrajaya (HPj) dalam satu kenyataan berkata, ahli Jawatankuasa Tertinggi Amanah itu kini dalam keadaan stabil.
“Beliau masih di bawah pemerhatian pihak HPj selama 24 jam dan dijangka discaj esok.”
Dalam kejadian 8.40 pagi tadi, Hanipa yang berdiri paling kanan dalam barisan menteri dan timbalan menteri JPM, tiba-tiba jatuh dari pentas.
Ahli Parlimen Sepang itu terus diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke HPj untuk rawatan lanjut.
Hanipa yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang antara 3 timbalan menteri JPM yang baru mengangkat sumpah 2 Julai lepas.
Pada 4 April 2016, Hanipa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas pengsan dalam persidangan Dewan Rakyat.
Media melaporkan Hanipa menjalani pembedahan selepas kejadian itu berikutan pendarahan otak akibat tekanan darah tinggi. ~freemalaysiatoday
Demikianlah Artikel ‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’
Sekianlah artikel ‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel ‘Hanipa Maidin dijangka keluar hospital esok’ dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/07/hanipa-maidin-dijangka-keluar-hospital.html