Judul : Jamal Ditangkap, Kes Samun Berkumpulan
link : Jamal Ditangkap, Kes Samun Berkumpulan
Jamal Ditangkap, Kes Samun Berkumpulan
Polis dilapor menangkap pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kes samun berkumpulan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat memberitahu bahawa Jamal ditangkap bersama sembilan lagi suspek.
Ia susulan serbuan pemimpin akar umbi Umno itu di sebuah tempat didakwa pusat perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.
“Pusat hiburan keluarga itu ada lesen, semua ada permit bawah (MPAJ) Majlis Perbandaran Ampang Jaya.
"Yang dia kata itu tempat judi, itu hal lain.
“Kita dapat beberapa laporan yang mengatakan barang mereka hilang masa serbuan ini, jadi itu yang kita siasat,” katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, kes itu disiasat bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara 20 tahun dan disebat.
Demikianlah Artikel Jamal Ditangkap, Kes Samun Berkumpulan
Sekianlah artikel Jamal Ditangkap, Kes Samun Berkumpulan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jamal Ditangkap, Kes Samun Berkumpulan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/jamal-ditangkap-kes-samun-berkumpulan.html