Haziq Digantung Tugas Serta Merta

Haziq Digantung Tugas Serta Merta - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Haziq Digantung Tugas Serta Merta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Haziq Digantung Tugas Serta Merta
link : Haziq Digantung Tugas Serta Merta

Baca juga


Haziq Digantung Tugas Serta Merta


Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan setiausaha sulitnya, Muhammad Haziq Aziz digantung tugas serta-merta, selepas mendakwa seorang menteri kanan terbabit dalam hubungan seks sejenis dengannya.

“Beliau diarah menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh 3 hari daripada tarikh 12 Jun,” katanya dalam sidang media di kementeriannya hari ini.

Beliau berkata, kementeriannya tidak teragak-agak menamatkan kontrak perkhidmatan Haziq, jika tiada maklum balas diterima dalam masa 3 hari.

Katanya, pelantikan Haziq sebagai kakitangan kementeriannya dibuat berdasarkan penilaian dalam soal jawab ketika sesi temuduga, kelayakan akademik serta pengalaman kerja yang dilihat sesuai dengan skop tugas ditawarkan.

“Justeru, tindakan beliau ini sangat mengejutkan dan tentunya sama sekali tidak diduga.”

Semalam, Haziq menggemparkan negara dengan rakaman video 30 saat di Facebook yang mengaku beliau terbabit dalam klip video seks sejenis.

Beliau menamakan Azmin Ali sebagai pasangannya dalam klip video seks itu yang didakwa dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points di Sandakan, ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen itu baru-baru ini.

Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya komplot jahat untuk mencemarkan reputasi, keperibadiannya dan memusnahkan kerjaya politiknya serta akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Haziq.

Penggantungan Haziq menyusul beberapa jam selepas beliau hari ini mempersoalkan kejujuran kerajaan Pakatan Harapan, ekoran pemimpin kerajaan menuduhnya mempunyai agenda politik dengan pengakuannya semalam.

Haziq berkata, hubungan seks yang didakwa dilakukannya dengan Azmin bukan kejadian pertama dan menuduh Hilman Idham yang merupakan setiausaha politik Azmin dan timbalan ketua Pemuda PKR, memaksanya menarik balik tuduhan ke atas Azmin.

Beliau menyifatkan Azmin sebagai “lelaki sakit” dan menuduhnya merakam video itu untuk dijadikan “koleksi peribadi”.

Hari ini, Shamsul berkata, beliau tidak nampak perwatakan pelik dalam Haziq sepanjang bertugas dengannya di Kementerian Industri Utama.

“Saya ‘blur’. Hal ini kerana di sosial media macam-macam yang diperkatakan, tetapi sebagai orang yang melantik dia, sudah tentu saya bingung kerana tidak ada perwatakan seperti itu sepanjang 6 bulan ini.”

Beliau berkata, Haziq tidak datang ke pejabat sejak Selasa lalu tanpa memberikan sebarang alasan atau memohon cuti.

Katanya, beliau sudah bertanya kepada ahli keluarga Haziq, tetapi mereka juga gagal menghubunginya.

“Saya sendiri teks melalui WhatsApp memintanya datang ke pejabat agar wujud perbincangan, tetapi tidak ada balasan pada Selasa lalu.

“Mereka (ibu bapa) tidak tahu Haziq ada di mana dan sudah tentu mereka sedih dan saya sebagai majikan, saya minta pegawai saya untuk tenangkan keadaan.”

Shamsul berkata, Haziq pernah mengikutnya ke lawatan kementeriannya di Jeddah, Arab Saudi, tetapi tiada apa-apa berlaku antara mereka.

“Semua ‘alright’, tidak ada sebarang masalah di sana.”

Beliau turut menyeru semua pihak bertenang dan bersikap “tabayyun”, iaitu menyiasat untuk mencari kebenaran tanpa menuding jari atau menghukum mana-mana pihak terlebih dahulu.

Katanya, beliau juga menolak sebarang bentuk politik kotor dan memualkan untuk merosakkan imej mana-mana individu.

“Saya mengambil sikap untuk bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad semalam bahawa perkara ini ada kaitan dengan pihak-pihak yang mempunyai agenda politik tertentu.

“Permainan politik kotor sebegini tidak perlu ada ataupun diberikan ruang di dalam Malaysia.” lapor FMT


Demikianlah Artikel Haziq Digantung Tugas Serta Merta

Sekianlah artikel Haziq Digantung Tugas Serta Merta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Haziq Digantung Tugas Serta Merta dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/06/haziq-digantung-tugas-serta-merta.html

Subscribe to receive free email updates: