Isteri Kenamaan Lancar Kapal Baharu Adalah Tradisi – TLDM

Isteri Kenamaan Lancar Kapal Baharu Adalah Tradisi – TLDM - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isteri Kenamaan Lancar Kapal Baharu Adalah Tradisi – TLDM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isteri Kenamaan Lancar Kapal Baharu Adalah Tradisi – TLDM
link : Isteri Kenamaan Lancar Kapal Baharu Adalah Tradisi – TLDM

Baca juga


Isteri Kenamaan Lancar Kapal Baharu Adalah Tradisi – TLDM


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyatakan pelancaran dan penamaan kapal pasukan itu oleh wanita yang dilaksanakan selama ini merupakan upacara tradisi semenjak Royal Navy ditubuhkan.

“Namun, tradisi tersebut telah disesuaikan dengan syariat Islam dan adat ketimuran Malaysia,” kata TLDM dalam satu siaran akhbar yang dikeluarkan.

TLDM menjelaskan “Lady Sponsor”atau wanita yang terpilih untuk melancarkan dan menamakan kapal adalah terdiri di kalangan isteri kenamaan seperti isteri kepada Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan kerabat diraja atau sultan.

“Bagi kapal-kapal yang dinamakan sempena nama negeri, isteri atau wanita yang berkaitan dengan negeri tersebut akan dipilih. Sebagai contoh, KD KEDAH telah dinamakan oleh YAM Dato’ Seri Tengku Puteri Intan Safinaz, Puteri Sultan Kedah,” jelas TLDM bagi menjawab isu pelancaran dan penamaan kapal LMS oleh isteri Menteri Pertahanan, Normah Alwi.

TLDM turut menyatakan kapal-kapal yang dinamakan sempena nama Pahlawan, wanita kepada waris nama tersebut atau wanita kenamaan dari negeri tersebut akan dipilih. Sebagai contoh, kapal Littoral Combat Ship (LCS) 1 iaitu MAHARAJALELA telah dinamakan oleh Raja Permaisuri Perak.

“Bagi kapal-kapal selain daripada nama negeri dan pahlawan, isteri kenamaan negara dipilih, sebagai contoh KD TUNKU ABDUL RAHMAN telah dinamakan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri masa itu,

“Pada tahun 1995, KD JEBAT telah namakan oleh Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang pada ketika itu adalah isteri kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad,” jelas pihak TLDM yang turut menyenaraikan rekod kapal-kapal TLDM yang telah dilancarkan dan dinamakan oleh isteri orang kenamaan negara.

Selain daripada itu, TLDM turut menegaskan pelancaran dan penamaan kapal LMS pertama TLDM yang telah disempurnakan oleh isteri kepada Menteri Pertahanan merupakan upacara tradisi yang diamalkan selama ini . pada masa yang sama, TLDM turut menegaskan gelaran “Lady Sponsor” kepada isteri Menteri Pertahanan adalah perkara yang biasa dilaksanakan. lapor AirTimes


Demikianlah Artikel Isteri Kenamaan Lancar Kapal Baharu Adalah Tradisi – TLDM

Sekianlah artikel Isteri Kenamaan Lancar Kapal Baharu Adalah Tradisi – TLDM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isteri Kenamaan Lancar Kapal Baharu Adalah Tradisi – TLDM dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/04/isteri-kenamaan-lancar-kapal-baharu.html

Subscribe to receive free email updates: