Giliran Tian Chua dan Zuraida pula ditahan

Giliran Tian Chua dan Zuraida pula ditahan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Giliran Tian Chua dan Zuraida pula ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Giliran Tian Chua dan Zuraida pula ditahan
link : Giliran Tian Chua dan Zuraida pula ditahan

Baca juga


Giliran Tian Chua dan Zuraida pula ditahan

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
BANGSAR: Dua pemimpin kanan PKR menjadi individu terbaru ditahan pihak berkuasa berhubung demonstrasi BERSIH 5 hari ini.
 
"Saya ditahan di bawah Seksyen 147/511 (Kanun Keseksaan). Sekarang dalam perjalanan ke (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur) di Jln Hang Tuah," kata Naib Presiden PKR Tian Chua melalui Twitter.
 
Peguam R Sivarasa menyatakan Tian ditangkap di rumahnya di Bandar Utama oleh sepasukan polis dari IPK Kuala Lumpur.
 
"Tuduhan (yang dihadapkan kepadanya) di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (iaitu) berkaitan dengan penglibatan dalam rusuhan.
 
"Esok polis akan memohon perintah reman," katanya.
 
Melalui Twitter pula Tian yang juga anggota parlimen Batu sebelum itu memberitahu ada sekumpulan polis di luar rumahnya.
 
"Nampak macam saya akan ditahan malam ini," katanya.
 
Kira-kira jam 11.15 Tian menyatakan: "I have to handover my hand phone etc now. Bye everyone. Keep the fight" (Saya terpaksa menyerahkan telefon bimbit dan lain-lain sekarang. Selamat tinggal semua. Teruskan perjuangan). 
 
Sementara itu kira-kira jam 11 malam tadi sekumpulan anggota polis berkunjung ke rumah Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.
 
"Belum tentu beliau akan ditahan atau tidak," kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil.
 
Bagaimanapun kira-kira 10 minit kemudian Fahmi mengesahkan Zuraida yang juga anggota parlimen Ampang ditahan dan sedang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
 
"Difahamkan ada lima hingga enam pemimpin serta aktivis PKR akan ditahan malam ini," katanya.
 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menyatakan lebih ramai individu yang menyertai BERSIH 5 dan kumpulan Baju Merah akan ditahan sebelum didakwa di mahkamah.
 
Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata senarai individu yang terlibat dalam perhimpunan haram itu telah dikenal pasti namun pihak polis tidak akan mendedahkannya.
 
 


Demikianlah Artikel Giliran Tian Chua dan Zuraida pula ditahan

Sekianlah artikel Giliran Tian Chua dan Zuraida pula ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Giliran Tian Chua dan Zuraida pula ditahan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/giliran-tian-chua-dan-zuraida-pula.html

Subscribe to receive free email updates: