Dah Bayar RM112 Juta Tahun 2015, Hingga Sekarang Sebuah Helikopter pun Tak Diterima Lagi?

Dah Bayar RM112 Juta Tahun 2015, Hingga Sekarang Sebuah Helikopter pun Tak Diterima Lagi? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dah Bayar RM112 Juta Tahun 2015, Hingga Sekarang Sebuah Helikopter pun Tak Diterima Lagi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dah Bayar RM112 Juta Tahun 2015, Hingga Sekarang Sebuah Helikopter pun Tak Diterima Lagi?
link : Dah Bayar RM112 Juta Tahun 2015, Hingga Sekarang Sebuah Helikopter pun Tak Diterima Lagi?

Baca juga


Dah Bayar RM112 Juta Tahun 2015, Hingga Sekarang Sebuah Helikopter pun Tak Diterima Lagi?


Kementerian Pertahanan hari ini membuat satu laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembelian helikopter tentera bernilai lebih RM300 juta semasa pentadbiran lepas yang sehingga kini belum dihantar kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sumber yang rapat dengan penyiasatan itu ketika ditemui di luar pintu masuk SPRM memberitahu, laporan tersebut dibuat disebabkan perjanjian rundingan yang dimeterai tidak mengikut prosedur sepatutnya.

Jelas sumber, pembelian menerusi rundingan terus itu mengandungi banyak terma kontrak yang merugikan kementerian sejak peringkat awal lagi.

“Kalau orang baca terma perjanjian, mereka akan tahu ia akan jadi macam ini.

“Antaranya kelulusan yang tidak mempunyai spesifikasi ketenteraan.

“Benda itu satu benda yang wajib dalam urusan ketenteraan,” kata sumber yang enggan dikenali.

Sebelum ini, FMT melaporkan sebanyak 6 buah helikopter tempur ringan MD530G yang dikeluarkan oleh MD Helicopters milik gergasi aeroangkasa Amerika Syarikat (AS), McDonnel Douglas dipesan oleh Kementerian Pertahanan yang dipimpin oleh Hishammuddin Hussein ketika itu.

Helikopter berkenaan, yang lebih dikenali dengan panggilan “Little Birds”, dilaporkan menarik minat pegawai kementerian dalam satu demonstrasi sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) 2015.

Bagaimanapun penyiasatan ke atas urus niaga itu mendedahkan maklumat mengejutkan mengenai pembelian tersebut, selain hakikat bahawa ATM tidak menerima helikopter berkenaan.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, syarikat di Malaysia yang menjadi ejen rundingan tersebut sudah pun ditamatkan kontrak sebagai ejen rasmi oleh McDonnel Douglas di AS.

“Dimaklumkan, syarikat itu kepunyaan bekas pegawai kanan kepada Hishamuddin ketika beliau menerajui kementerian,” katanya.

Sehingga kini, sumber itu memaklumkan, kerajaan sudah pun membuat bayaran sebanyak 35% harga pembelian helikopter tersebut bersamaan dengan RM112 juta.

Namun hingga saat ini, tiada helikopter tentera yang dihantar ke negara ini.

“Penghantaran sepatutnya mengikut 2 fasa. Pertama, pada Julai 2017 iaitu 2 buah, dan fasa ke-2 pada Disember 2018 untuk penghantaran baki 4 helikopter.

“Tapi sampai sekarang, sebuah pun tak ada,” katanya lapor FMT


Demikianlah Artikel Dah Bayar RM112 Juta Tahun 2015, Hingga Sekarang Sebuah Helikopter pun Tak Diterima Lagi?

Sekianlah artikel Dah Bayar RM112 Juta Tahun 2015, Hingga Sekarang Sebuah Helikopter pun Tak Diterima Lagi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dah Bayar RM112 Juta Tahun 2015, Hingga Sekarang Sebuah Helikopter pun Tak Diterima Lagi? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/06/dah-bayar-rm112-juta-tahun-2015-hingga.html

Subscribe to receive free email updates: