Masa UMNO Kalah, Hang Pi Mana? Soal Tajuddin Kepada Khairy

Masa UMNO Kalah, Hang Pi Mana? Soal Tajuddin Kepada Khairy - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Masa UMNO Kalah, Hang Pi Mana? Soal Tajuddin Kepada Khairy, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Masa UMNO Kalah, Hang Pi Mana? Soal Tajuddin Kepada Khairy
link : Masa UMNO Kalah, Hang Pi Mana? Soal Tajuddin Kepada Khairy

Baca juga


Masa UMNO Kalah, Hang Pi Mana? Soal Tajuddin Kepada Khairy

PETALING JAYA: Umno akan “berterabur” jika mengikut saranan Khairy Jamaluddin supaya pemilihan parti diadakan sebelum PRU15, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman.

“Apa agendanya? Kita nak fokus kita punya tenaga, apa sahaja kita boleh, fokus untuk PRU15. Kalau minta pemilihan parti, berteraburlah. Kita perlu fikir untuk kemenangan parti, bukan fikir kepentingan diri,” kata Tajuddin yang juga pengarah pilihn raya parti.

“Kita perlu fikir untuk kemenangan parti. Bukan fikir kepentingan peribadi. Nak jawatan itu, jawatan ini. Ini nak pemilihan parti, tujuannya apa?” katanya dalam wawancara khas.

Pada 30 Mac lalu, Khairy yang juga menteri sains, teknologi, dan inovasi, menggesa pucuk pimpinan Umno mengadakan pemilihan parti segera bagi menyelesaikan apa yang disifatkan sebagai kemelut dalaman.

Beliau berkata, Umno tidak boleh menangguhkan pemilihan parti selepas PRU15, sebaliknya perlu menghadapi pilihan raya dengan parti diterajui kepimpinan baharu yang diterima rakyat.

Dalam menolak cadangan Khairy itu, Tajuddin turut mempersoalkan kejujuran Ahli Parlimen Rembau itu dan pemimpin Umno yang sependapat dengannya, khususnya rekod mereka ketika Umno menempuhi pelbagai cabaran.

“Masa kita jatuh dan kalah, kamu dekat mana? Mana kamu? Masa kita kalah. Masa kita bangkit semula bersama PAS, dalam penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional (MN), kamu di mana?

“Sekarang kamu lihat Umno sudah bagus, kamu kembali. Nak jadi jaguh. Keikhlasan kamu di mana?” katanya.

Tajuddin berkata sebelum ini beliau antara pemimpin yang bersusah payah untuk membuat pelbagai program bagi memperjuangkan kembali semangat Umno.

“Macam-macam program seperti Melayu Bangkit, Kebangkitan Ummah, Penyatuan Ummah dan (himpunan) Anti-Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Mana muka dia orang? Tetapi kita ini tidaklah sampai kata kamu dulu tak buat apa, kamu perlu keluar. Tidak. Kita buat ini untuk parti, ahli, dan rakyat.

“Tetapi janganlah sudah kita menuju kejayaan begini, kamu datang dengan bermacam-macam cadangan dan pandangan yang merosakkan hala tuju, strategi, serta perancangan parti. Nak memandai-mandai pula,” katanya.

Perhimpunan Agung Umno Ahad lalu memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM dan menghadapi PRU15 bersendirian bersama Barisan Nasional.


Sumber: FMT


Demikianlah Artikel Masa UMNO Kalah, Hang Pi Mana? Soal Tajuddin Kepada Khairy

Sekianlah artikel Masa UMNO Kalah, Hang Pi Mana? Soal Tajuddin Kepada Khairy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Masa UMNO Kalah, Hang Pi Mana? Soal Tajuddin Kepada Khairy dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/04/masa-umno-kalah-hang-pi-mana-soal.html

Subscribe to receive free email updates: