PLUS tawar rebat tol 20 peratus sempena Krismas

PLUS tawar rebat tol 20 peratus sempena Krismas - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PLUS tawar rebat tol 20 peratus sempena Krismas, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PLUS tawar rebat tol 20 peratus sempena Krismas
link : PLUS tawar rebat tol 20 peratus sempena Krismas

Baca juga


PLUS tawar rebat tol 20 peratus sempena Krismas

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus kepada pemegang kad PLUSMiles bersempena cuti Krismas, 25 Disember ini.
 
Pemberian rebat tol itu adalah sebahagian daripada langkah PLUS untuk pengguna lebuh raya yang meraikan Krismas serta menghargai sokongan orang ramai terhadap perkhidmatan lebuh raya PLUS.
 
Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi, berkata pengguna kad Touch 'n Go berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus pada tarikh berkenaan.
 
"Penawaran rebat tol 20 peratus untuk transaksi menerusi kad PLUSMiles adalah sebagai menghargai kesetiaan dan sokongan pemegang kad PLUSMiles.
 
"Rebat 10 peratus pula diberikan untuk semua transaksi elektronik lain di lebuh raya PLUS," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
 
Zakaria berkata, rebat tol turut diberikan bagi perjalanan kenderaan Kelas 1 melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi tol di plaza tol di semua lebuh raya kendalian PLUS.
 
Pemberian rebat itu ditawarkan sepanjang hari pada 25 Disember.
 
"Pada 25 Disember, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa.
 
"Rebat tol 20 peratus dan 10 peratus itu akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch 'n Go (dalam bentuk Tambah Nilai) apabila pengguna menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Januari hingga 14 April 2018," katanya.
 
Bagaimanapun, rebat itu tidak meliputi transaksi tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.
 
 


Demikianlah Artikel PLUS tawar rebat tol 20 peratus sempena Krismas

Sekianlah artikel PLUS tawar rebat tol 20 peratus sempena Krismas kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PLUS tawar rebat tol 20 peratus sempena Krismas dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/12/plus-tawar-rebat-tol-20-peratus-sempena.html

Subscribe to receive free email updates: