Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar

Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar
link : Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar

Baca juga


Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang lagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak dakwaan pergolakan dalaman parti itu sehingga menjurus dua pemimpin kanannya keluar, berpunca dari isu kepimpinan.
 
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman membuat penegasan demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas pemimpin parti, Anina Saadudin dan ahli terdahulu yang membangkitkan isu kepimpinan sebagai punca pergolakan dalaman parti itu.
 
"Betul. Betul. (Tidak berbangkit isu kepimpinan)," katanya ringkas kepada Antarapos hari ini.
 
Mengulas lanjut, tegas Syed Saddiq, beliau percaya partinya masih membawa matlamat perjuangan yang jelas serta tidak tersasar sejak tertubuhnya parti serpihan Umno itu setahun lalu. 
 
"Itu hak demokrasi dia untuk keluar. Kita tidak ada masalah tetapi parti sentiasa kukuh. Contoh, dalam tempoh masa dua minggu sahaja Armada lancarkan sesi pendaftaran ahli, kita dapat tambah 3200 ahli. 
 
"Tidak kira pemimpin mana pun yang keluar walaupun diri saya sendiri. Selagi parti berlandaskan matlamat perjuangan parti yang betul. Saya percaya rakyat tetap bersama kami," tambahnya.
 
Semalam, media melaporkan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan bekas pengasas bersama parti itu, Anina Saadudin mengisytiharkan keluar parti adalah disebabkan masalah peribadi dan tiada kaitan dengan kepimpinan parti seperti yang didakwa.
 
Ujarnya, malah pemimpin wanita itu pernah berjumpa dengan beliau beberapa bulan lalu dan menyatakan hasrat untuk 'berundur' ekoran menghadapi 'masalah yang begitu banyak'. 
 
Walaubagaimanapun, Anina dalam satu kenyataannya semalam, sekali lagi meminta bekas timbalan perdana menteri itu menjelaskan isu sebenar yang dibangkitkannya.
 
Krisis kepimpinan parti bunga yang diterajui mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu terus bergolak apabila Anina keluar parti sekaligus kehilangan dua orang pengasas parti itu. 
 
Alasan yang sama turut disuarakan pemimpin dan ratusan ahli parti itu yang kemudiannya bertindak keluar parti sebelum ini, termasuk salah seorang pengasasnya, Kamarulazman Habibur Rahman pada April lepas.
 
Turut melepaskan jawatannya ialah bekas naib presidennya Datuk Hamidah Osman.
 
 


Demikianlah Artikel Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar

Sekianlah artikel Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/09/syed-saddiq-sangkal-anina-ppbm-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :