Ini Pesan Nazri Buat Semua 'Kluster Mahkamah' Bersama Zahid Tu..

Ini Pesan Nazri Buat Semua 'Kluster Mahkamah' Bersama Zahid Tu.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ini Pesan Nazri Buat Semua 'Kluster Mahkamah' Bersama Zahid Tu.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ini Pesan Nazri Buat Semua 'Kluster Mahkamah' Bersama Zahid Tu..
link : Ini Pesan Nazri Buat Semua 'Kluster Mahkamah' Bersama Zahid Tu..

Baca juga


Ini Pesan Nazri Buat Semua 'Kluster Mahkamah' Bersama Zahid Tu..

Pendedahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ada yang mendesak beliau campur tangan urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah membuktikan bahawa keputusan menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dibuat atas kepentingan peribadi, dakwa Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Nazri, pendedahan yang dibuat Muhyiddin itu membuktikan keputusan pihak yang menarik sokongan bukan kerana mahu menjaga kepentingan parti seperti yang didakwa sebelum ini.


“Saya kira ini kali pertama Perdana Menteri mendedahkan perkara ini kepada umum.

“Jadi bila Perdana Menteri sudah dedahkan bermakna kita tahu bahawa hendak tarik sokongan ini bukan kerana kepentingan parti sebaliknya kerana kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau menegaskan pihak-pihak yang mempunyai kes di mahkamah sepatutnya mencontohi apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan yang kini menghadapi kes di mahkamah.

“Kalau nak bersihkan nama buat macam Ku Nan yang lawan kes di mahkamah yang akhirnya dibebaskan daripada kesnya.

“Jangan minta pihak lain campur tangan dan bebaskan kes di mahkamah. Bila tidak dapat, hendak tarik sokongan, ini tidak betul,” katanya lagi lapor AstroAwani

Astro Awani juga melaporkan Nazri mendedahkan Ahmad Zahid Hamidi tidak langsung bertemu dengan semua ahli Parlimen UMNO sebelum membuat keputusan menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendesak Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertemu semua ahli Parlimen UMNO sebelum membuat sebarang keputusan menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).

Nazri menegaskan, Zahid sepatutnya bertemu semua ahli Parlimen UMNO kerana keputusan menyertai PN adalah keputusan ahli Parlimen UMNO.

Namun katanya, sehingga saat ini Zahid enggan mengadakan pertemuan dengan semua ahli-ahli Parlimen UMNO.

“Masa nak tubuhkan kerajaan PN dulu, Zahid cakap ini keputusan ahli-ahli Parlimen UMNO, dia tak buat mesyuarat MT pun.

“Sekarang bila nak tarik sokongan bincang dalam MT tapi tak bincang dengan semua ahli Parlimen UMNO.

“Sampai sekarang dia tak jumpa ahli Parlimen UMNO. Sepatut semalam (Selasa) jumpa tapi selepas mesyuarat MT dia cancel,” katanya Astro AWANI.

Nazri juga menegaskan tindakan kumpulan ahli Parlimen yang menyokong keputusan menarik sokongan terhadap PN jelas melanggar keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

Nazri menegaskan kumpulan pro Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak melanggar keputusan PAU 2020 yang memutuskan kekal kerjsama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hingga Parlimen dibubarkan dan “No Anwar, No DAP”.

“Kalau tarik sokongan, mereka nak UMNO jadi apa? Pembangkang? Keputusan PAU yang mahu kerjasama dengan Bersatu putus bila Parlimen bubar bermakna ahli-ahli UMNO mahu parti kekal jadi kerajaan. Ini jelas langgar keputusan PAU.

“Kalau tarik sokongan dan nak jadi kerajaan, nak bentuk kerajaan dengan siapa? Dengan PKR dan DAP? Ini pun langgar keputusan PAU yang kata “No Anwar dan No DAP”, kenapa nak langgar?” katanya.


Demikianlah Artikel Ini Pesan Nazri Buat Semua 'Kluster Mahkamah' Bersama Zahid Tu..

Sekianlah artikel Ini Pesan Nazri Buat Semua 'Kluster Mahkamah' Bersama Zahid Tu.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ini Pesan Nazri Buat Semua 'Kluster Mahkamah' Bersama Zahid Tu.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/ini-pesan-nazri-buat-semua-kluster.html

Subscribe to receive free email updates: