Tun Mahathir Akan Jadi 'King Maker'?

Tun Mahathir Akan Jadi 'King Maker'? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tun Mahathir Akan Jadi 'King Maker'?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tun Mahathir Akan Jadi 'King Maker'?
link : Tun Mahathir Akan Jadi 'King Maker'?

Baca juga


Tun Mahathir Akan Jadi 'King Maker'?

3 September 2020 yang lalu, Malaysiakini telah melaporkan pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad berkata PEJUANG menyasarkan akan memenangi 30 daripada 222 kerusi parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-15, akan datang.

Walaupun jumlah sasaran kerusi itu kecil, namun ia akan menjadi kuasa penentu gabungan mana yang akan menubuhkan kerajaan kata bekas Perdana Menteri itu.


"PEJUANG menyasarkan menang 30 kerusi pun dah mencukupi kemudian kita boleh menentukan siapa yang akan menjadi kerajaan.

"Kami adalah parti bebas dan tidak terikat dengan sesiapa. Kami tidak fikir mana-mana dua gabungan (parti) boleh menang.

“Jika kita boleh menang 30 kerusi (parlimen), kita memiliki kuasa untuk menyertai mana-mana gabungan," katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Itu apa yang dirancang oleh Tun untuk PEJUANG bagi PRU ke-15 yang akan datang.

Menariknya kini, belumpun tiba PRU 15, PEJUANG bersama WARISAN dan juga UPKO telah diangap sebagai 'King Maker' atau penentu kerajaan..

Laporan berkaitan,

PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan akan mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri jika ura-ura bahawa Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) bergabung dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) menjadi kenyataan.

Berdasarkan kepada analisis pemerhati politik gabungan ahli Parlimen tiga parti itu bersama dengan pecahan ahli Parlimen UMNO yang tidak menyokong tindakan Presiden mereka, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mampu mendapatkan majoriti untuk membentuk kerajaan.

Menurut mereka, berdasarkan kedudukan terkini kerusi Parlimen Pakatan Nasional (PN) masih ada 103 kerusi iaitu Bersatu (31), Pas (18), Star (1), PBS (1), serpihan UMNO (26), MCA (2), MIC (1), PBRS (1), GPS 18 dan bebas (4).

Gabungan ini kurang lapan kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah iaitu 111 kerusi daripada 222.

Pakatan Harapan (PH) pula hanya ada 92 kerusi iaitu PKR (35), DAP (42), Amanah (11), PSB (2), Muda (1) dan bebas (1). Mereka memerlukan 19 kerusi untuk dapat majoriti mudah,

UMNO yang masih bersama Ahmad Zahid pula dikatakan hanya ada 12 kerusi.

Sementara gabungan Pejuang, Warisan dan UPKO mempunyai 13 kerusi.

Berdasarkan kepada angka-angka ini, kem Tun Dr. Mahathir Mohamad dikatakan bakal menjadi penentu dalam membentuk kerajaan.

Jika PN bergabung dengan kem Dr. Mahathir, maka mereka akan mempunyai 116 kerusi untuk membolehkan membentuk kerajaan,.

Jika PH bergabung dengan UMNO yang bersama Ahmad Zahid mereka hanya ada 104 kerusi gagal mempunyai majoriti mudah.

Jika PH mahu membentuk kerajaan mereka bukan sahaja perlu bergabung dengan UMNO (Ahmad Zahid) tetapi juga dengan kem Tun Mahathir.

Berdasarkan analisa ini kem Dr. Mahathir jelas menjadi penentu kepada percaturan untuk membentuk semula kerajaan selepas PN hilang majoriti ekoran tindakan Ahmad Zahid bersama 11 ahli Parlimen UMNO menghentikan sokongan kepada kerajaan. – UTUSAN


Bagimanapun Parti Warisan Sabah tegas menolak berita kononnya parti itu menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan semua ahli Parlimen Warisan tetap utuh mendesak Perdana Menteri dan Kabinetnya mengundurkan diri.

“Warisan tegas dengan keputusan parti untuk tidak menyokong pemerintahan Perikatan Nasional (PN) sekarang.

“Semua Ahli Parlimen Warisan tetap utuh dan kekal menggesa Perdana Menteri dan Kabinetnya berundur,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Shafie berkata, pendirian Warisan dikongsi bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Sri Aman, Datuk ‘Masir Anak Kujat, Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau.

Jadi.. dari mana datangnya nombor 115 Ahli Parlimen yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ini?


Demikianlah Artikel Tun Mahathir Akan Jadi 'King Maker'?

Sekianlah artikel Tun Mahathir Akan Jadi 'King Maker'? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tun Mahathir Akan Jadi 'King Maker'? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/tun-mahathir-akan-jadi-king-maker.html

Subscribe to receive free email updates: