Nazri Sindir Anwar Atau Zahid Ni?

Nazri Sindir Anwar Atau Zahid Ni? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nazri Sindir Anwar Atau Zahid Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nazri Sindir Anwar Atau Zahid Ni?
link : Nazri Sindir Anwar Atau Zahid Ni?

Baca juga


Nazri Sindir Anwar Atau Zahid Ni?

Kenyataan keputusan menarik sokongan yang dikeluarkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan dapat menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan keabsahan majoriti sesebuah kerajaan hanya boleh diputuskan di Dewan Rakyat.

Tindakan Zahid disifatkan sebagai cuba mengelirukan rakyat bagi mewujudkan persepsi kononnya kerajaan sedia ada sudah jatuh walhal tidak ada bukti bagi mengesahkan dakwaannya, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz.


“Kalau kita nak mengesahkan, sama ada Perdana Menteri mempunyai jumlah majoriti ataupun tidak, ia tidak boleh dilakukan oleh mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan dah jatuh.

“Sama ada ada majoriti atau tiada majoriti, pengabsahan ini mesti berlaku dalam dewan (Dewan Rakyat). Sebab apabila kita berbuat demikian, ia akan menyebabkan kekeliruan berlaku di kalangan rakyat dan rakyat akan terkeliru,” kata Nazri kepada Agenda Daily semasa diwawancara.

Pemimpin senior UMNO itu menyindir jika mengikut cara Zahid apabila diumumkan keputusan tarik sokongan dalam bilik pun sesebuah kerajaan itu boleh jatuh walhal keabsahan majoriti sesebuah kerajaan perlu dibuktikan dalam Dewan Rakyat.

“So Ahli Parlimen kata kerajaan jatuh. Saya ada majoriti. Buat di kedai kopi ataupun buat di depan pintu pagar Istana.

“Ramai-ramai jerit jerit lepas itu kata saya ada majoriti. Tapi dimanakah keabsahan claim (dakwaan) dia ada majoriti? Kalau itulah yang dilakukan. Maknanya setiap kali orang umum di kedai kopi ke Ahli Parlimen umum dia ada majoriti ke ataupun dalam bilik air ke dia umum, maka jatuh lah kerajaan,” katanya lagi.

Sekiranya pendekatan tersebut menjadi amalan, Nazri berkata setiap bulan negara akan memiliki Perdana Menteri (PM) baharu apabila timbul sahaja dakwaan sudah tidak lagi memiliki majoriti.

“Kalau begitu maknanya tiap-tiap bulan, Perdana Menteri baharu akan dilantik apabila Perdana Menteri dijatuhkan.

“Jadi bukan dengan secara begitu kita mengesahkan majoriti ini, ia mesti dilakukan di dalam dewan dan PM sudah menyatakan supaya pengabsahan sama ada kerajaan jatuh atau tidak mesti dibuat dalam dewan,” katanya lagi.

Menurut Nazri, keputusan yang diumumkan Yang di-Pertuan Agong merupakan satu keputusan yang bijaksana dan cukup demokratik.

“Jadi sebab itu kepada saya yang apa yang diperkenankan oleh Agong iaitu keabsahan hendaklah dalam dewan itu satu keptuusan yang cukup bijaksana, cukup matang dan cukup demoktratik.

“Jadi tak berbangkit kerajaan ini sudah sudah jatuh atau tidak jatuh ke,” terang beliau ~ AgendaDaily


Demikianlah Artikel Nazri Sindir Anwar Atau Zahid Ni?

Sekianlah artikel Nazri Sindir Anwar Atau Zahid Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nazri Sindir Anwar Atau Zahid Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/08/nazri-sindir-anwar-atau-zahid-ni.html

Subscribe to receive free email updates: