Pengisytiharan Darurat Tidak Boleh Dicabar

Pengisytiharan Darurat Tidak Boleh Dicabar - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pengisytiharan Darurat Tidak Boleh Dicabar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pengisytiharan Darurat Tidak Boleh Dicabar
link : Pengisytiharan Darurat Tidak Boleh Dicabar

Baca juga


Pengisytiharan Darurat Tidak Boleh Dicabar

 

Memetik kenyataan dari Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu Abd Aziz, Sinar Harian melaporkan pengistiharan darurat tidak boleh dicabar.

Keputusan proklamasi darurat tidak boleh dicabar atau dipertikaikan oleh sesiapa pun dalam mana-mana mahkamah.

Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata, perkara itu jelas termaktub dalam Perkara 150 (Fasal 8) Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, Perkara 150 telah dimasukkan ke dalam perlembagaan dengan pindaan pada tahun 1981.

“Jadi ia dinyatakan dengan jelas bahawa apa-apa jua dalam perlembagaan, berkaitan hal berpuas hati Yang di-Pertuan Agong yang disebut dalam Fasal (1) dan Fasal (2B) ialah muktamad dan konklusif serta tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan,” katanya.

Jelas beliau, sekaligus ia turut menafikan bidang kuasa mahkamah untuk mendengar kes-kes berkenaan.

“Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa dalam apa-apa jua bentuk, apa-apa alasan mengenai kesahan sesuatu proklamasi di bawah Fasal (1) atau sesuatu pengisytiharan yang dibuat dalam proklamasi itu yang bermaksud seperti yang dinyatakan dalam Fasal (1).

“Mahkamah juga dinafikan bidang kuasa untuk memutuskan apa-apa soal tentang kuat kuasa berterusan proklamasi itu atau ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) atau penerusan kuat kuasa mana-mana ordinan,” jelasnya.

Beliau mengulas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim Anwar untuk mencabar proklamasi darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan di mahkamah.

Kenyataan itu menyusul selepas tiga hari Ahli Parlimen Port Dickson itu mencadangkan kepada semua ahli Parlimen supaya mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon perkenan membatalkan proklamasi darurat dan menitahkan sidang Parlimen diadakan secepat mungkin.

Anwar turut menyifatkan keputusan mengisytiharkan darurat seperti tidak ada kaitan dengan usaha dan upaya negara melawan impak Covid-19.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata, sebagai negara berdemokrasi, ia tiada halangan untuk Anwar membawa kes berkenaan ke mahkamah. v “Kita tidak boleh cipta satu lagi kontroversi. Saya cuma tafsirkan dari segi undang-undang,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian di SINI

Sinar juga melaporkan Pakar undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar memberikan pandangan sama kerana kesahihan proklamasi darurat tidak boleh dipertikai di mahkamah.

“Kita tidak boleh menghalang individu untuk membawa kes ke mahkamah, mungkin Anwar ada alasan beliau sendiri dalam hal ini.

“Namun peruntukan perlembagaan menyatakan tidak ada mahkamah yang boleh pertikai pengisytiharan darurat oleh Seri Paduka Baginda,” 

Dalam pada itu BERNAMA pula melaporkan menurut Peguam Kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla, Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan bagi mencabar proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.

Beliau berkata ini adalah berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 150 (8)(b) Perlembagaan Persekutuan. Perkara 150(8)(b) memperuntukkan bahawa “tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan proklamasi darurat.” 

Haniff Khatri berkata permohonan cabaran itu sepatutnya ditumpukan kepada ‘nasihat’ perdana menteri dan bukan terhadap proklamasi darurat. 

"Bagi saya, secara jujur, peruntukan sedemikian (Perkara 150 (8)) akan menjadikan permohonan itu amat sukar dilayan oleh mahkamah, meskipun jika anda mencabar nasihat yang diberikan (perdana menteri), kerana mahkamah akan memutuskan bahawa jika kami mendengar permohonan ini, secara tidak langsung kami melayan permohonan bagi mencabar Proklamasi Darurat. 

"Situasi mengenai perkara ini tidak jelas kerana belum terdapat kes dari segi undang-undang," katanya




Demikianlah Artikel Pengisytiharan Darurat Tidak Boleh Dicabar

Sekianlah artikel Pengisytiharan Darurat Tidak Boleh Dicabar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pengisytiharan Darurat Tidak Boleh Dicabar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/pengisytiharan-darurat-tidak-boleh.html

Subscribe to receive free email updates: