Kartel Daging: Pegawai Disogok RM1,000 Hingga RM5,000 Setiap Kontena?

Kartel Daging: Pegawai Disogok RM1,000 Hingga RM5,000 Setiap Kontena? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kartel Daging: Pegawai Disogok RM1,000 Hingga RM5,000 Setiap Kontena?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kartel Daging: Pegawai Disogok RM1,000 Hingga RM5,000 Setiap Kontena?
link : Kartel Daging: Pegawai Disogok RM1,000 Hingga RM5,000 Setiap Kontena?

Baca juga


Kartel Daging: Pegawai Disogok RM1,000 Hingga RM5,000 Setiap Kontena?

 

Pada 4 Januari 2021, empat individu melibatkan tiga pengarah syarikat dan seorang kerani direman bersabit skandal 'Kartel Daging", mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas tempoh reman tamat.

Kemudian pada 2 Disember tahun lalu, Maqis mendedahkan kegiatan kartel daging yang membawa masuk daging tanpa sijil halal sebelum meletakkan logo halal palsu untuk dijual di pasaran tempatan.

Tindakan pertama melibatkan pegawai kerajaan dibuat pada 7 Januari apabila dua pegawai Maqis Johor direman di Mahkamah Johor Bahru bagi membantu siasatan melibatkan kegiatan jenayah sama.

Tertuduh yang berusia 27 dan 31 tahun itu disyaki menerima rasuah bagi aktiviti penyeludupan bahan mentah sejuk beku dari negara yang dilarang untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Pada 19 Januari 2021.. Tiga lagi penolong pegawai penguat kuasa Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor ditahan reman lima hari bagi membantu siasatan sindiket kartel daging sejuk beku import yang didedahkan Disember tahun lalu.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga orang kena tuduh (OKT) itu dibuat oleh Pendaftar Mahkamah, Nur Fathiah Mohd. Fedzir.

Difahamkan, mereka yang berusia 40 hingga 55 tahun itu masing-masing bertugas di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah; Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru dan di Pejabat Maqis Muar.

Mereka ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri ini pada pukul 7 malam, semalam selepas dipanggil memberi keterangan.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Aliasmengesahkan tangkapan tersebut bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 atas tuduhan menerima rasuah.

Tiga pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) yang direman semalam disyaki menerima sogokan sekurang-kurangnya RM200,000 bagi melepaskan kontena muatan daging kerbau sejuk beku import daripada pembekal tidak diiktiraf sejak 2017 lapor Harian Metro.

Pegawai Maqis terbabit dikatakan sudah melepaskan hampir 100 kontena dengan muatan daging sejuk beku itu daripada pengeksport dari India yang tidak diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Harian Metro juga melaporkan setiap pegawai Maqis itu disogok antara RM1,000 hingga RM5,000 bagi melepaskan setiap kontena terbabit dan sogokan yang diterima berbeza berdasarkan pangkat dijawat pegawai terbabit.

"Pegawai berpangkat tinggi menerima sogokan lebih tinggi berbanding anak buahnya.

"Ia dipercayai berlaku di pintu masuk dagangan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) membabitkan ejen penghantaran yang menguruskan dokumen kemasukan daging sejuk beku terbabit," katanya ketika dihubungi, semalam.

Pegawai Maqis bersekongkol dengan ejen penghantaran bagi melepaskan barangan yang diimport meskipun mengetahui pembekal daripada syarikat yang tidak pernah dibenarkan memasuki negara ini lapor Harian Metro.

Laporan penuh sila baca di SINI


Demikianlah Artikel Kartel Daging: Pegawai Disogok RM1,000 Hingga RM5,000 Setiap Kontena?

Sekianlah artikel Kartel Daging: Pegawai Disogok RM1,000 Hingga RM5,000 Setiap Kontena? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kartel Daging: Pegawai Disogok RM1,000 Hingga RM5,000 Setiap Kontena? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2021/01/kartel-daging-pegawai-disogok-rm1000.html

Subscribe to receive free email updates: