Judul : Deloitte mahu letak jawatan sebagai juruaudit SRC Int'l
link : Deloitte mahu letak jawatan sebagai juruaudit SRC Int'l
Deloitte mahu letak jawatan sebagai juruaudit SRC Int'l
MALAYSIAKINIDeloitte Malaysia telah menyatakan hasrat untuk meletakkan jawatan sebagai juruaudit bagi bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.
Ini adalah mengikut jawapan bertulis parlimen, Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
"Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada pihak pengurusan SRC International, Deloitte Malaysia sebelum ini telah menyatakan hasrat mereka untuk meletakkan jawatan.
"Sehingga kini, SRC masih dalam proses mendapatkan juruaudit baru dan sehingga juruaudit baru dilantik, Deloitte masih kekal sebagai juruaudit SRC.
"Dalam pada masa yang sama, SRC sentiasa komited untuk mendapatkan juruaudit baru bagi menggantikan Deloitte," petik jawapan bertulis itu.
Pua meminta menteri kewangan menyatakan sama ada Deloitte Malaysia masih juruaudit rasmi SRC International dan bilakah syarikat itu akan mengemukakan penyata kewangan bagi tahun 2015 dan 2016.
Soalan kedua beliau tidak dijawab.
Demikianlah Artikel Deloitte mahu letak jawatan sebagai juruaudit SRC Int'l
Sekianlah artikel Deloitte mahu letak jawatan sebagai juruaudit SRC Int'l kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Deloitte mahu letak jawatan sebagai juruaudit SRC Int'l dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/deloitte-mahu-letak-jawatan-sebagai.html