Rasuah: Pegawai Kanan SPRM Hairan Dengan Sikap Ku Nan

Rasuah: Pegawai Kanan SPRM Hairan Dengan Sikap Ku Nan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rasuah: Pegawai Kanan SPRM Hairan Dengan Sikap Ku Nan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rasuah: Pegawai Kanan SPRM Hairan Dengan Sikap Ku Nan
link : Rasuah: Pegawai Kanan SPRM Hairan Dengan Sikap Ku Nan

Baca juga


Rasuah: Pegawai Kanan SPRM Hairan Dengan Sikap Ku Nan


Berdepan dengan siasatan rasuah seseorang menteri sepatutnya menunjukkan sikap yang betul dan bukannya memberi pujian kepada pegawai yang ditahan.

Menganggap sikap Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai "menghairankan" seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, tiada kompromi wajar ditunjukkan bagi kes rasuah.

Beliau yang enggan namanya dipetik berkata, Menteri Wilayah Persekutuan itu menampakkan seolah-olah kerajaan tidak melindungi orang awam. "Kenyataan menteri berkenaan memang amat menghairankan!" katanya. Malaysiakini pada 15 Ogos lalu melaporkan tiga penjawat awam ditahan oleh pegawai SPRM atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penggubahan wang haram. Seorang daripada mereka berpangkat Datuk Seri, manakala seorang lagi Datuk. Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata suspek ditahan dalam operasi serentak di tiga tempat iaitu Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan. Luar kerja menteri tak tahu Semalam pula SPRM mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan reman suspek sehingga 22 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) dan Seksyen 23 Akta SPRM. SPRM juga merampas pelbagai aset bernilai jutaan ringgit. Suspek berpangkat Datuk Seri itu adalah pegawai kanan di DBKL dan dia turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. Hari ini memetik Tengku Adnan, New Straits Times melaporkan menteri itu sebagai berkata Datuk Seri terbabit adalah "pegawai yang bagus" malah mendapat kenaikan pangkat dua kali hanya dalam tempoh setahun. "Setakat yang saya tahu, pegawai itu ialah seorang pegawai yang bagus, komited dengan tugas dan penuh perhatian. Beliau berpindah dari Gred 54 ke Gred Khas C, dan kini beliau dalam Gred Khas B kerana beliau seorang yang bagus dan mempunyai potensi. "Bagaimanapun, iaitu dia di tempat kerja ... apa yang dia lakukan selain daripada kerja, saya tidak tahu," katanya kepada New Straits Times. Sumber SPRM itu berkata pihaknya memang "hairan" dengan kenyataan balas daripada menteri terbabit. "Seorang menteri sepatutnya tidak berkompromi dengan sebarang tindakan menyalahi undang-undang dan kenyataan itu menampakkan seolah-olah kepentingan awam tidak terpelihara," katanya.


Demikianlah Artikel Rasuah: Pegawai Kanan SPRM Hairan Dengan Sikap Ku Nan

Sekianlah artikel Rasuah: Pegawai Kanan SPRM Hairan Dengan Sikap Ku Nan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rasuah: Pegawai Kanan SPRM Hairan Dengan Sikap Ku Nan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/rasuah-pegawai-kanan-sprm-hairan-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: