Bekas Ketua Menteri Melaka didenda RM1,900

Bekas Ketua Menteri Melaka didenda RM1,900 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Ketua Menteri Melaka didenda RM1,900, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Ketua Menteri Melaka didenda RM1,900
link : Bekas Ketua Menteri Melaka didenda RM1,900

Baca juga


Bekas Ketua Menteri Melaka didenda RM1,900

Rahim Thamby Chik
Rahim




SHAH ALAM - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik didenda RM1,900 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan
menggunakan aplikasi Facebook dengan membuat dan melakukan penghantaran komen yang jelek dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Hakim, Slamat Yahya turut memerintahkan Abdul Rahim menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mahkamah turut menegur perbuatan Abdul Rahim yang sepatutnya menghormati dan   memelihara institusi DiRaja yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, pada prosiding itu, Abdul Rahim membuat pernyataan maaf dan kekesalannya secara terbuka kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan  Sharafuddin Idris Shah dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Abdul Rahim mengaku bersalah  menggunakan kemudahan aplikasi Facebook miliknya secara sedar telah membuat dan melakukan penghantaran komen yang jelek dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Istana Mestika Jalam Permata 7/1, Seksyen 7, dekat sini jam 9 pagi pada 25 September 2015.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).



Demikianlah Artikel Bekas Ketua Menteri Melaka didenda RM1,900

Sekianlah artikel Bekas Ketua Menteri Melaka didenda RM1,900 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Ketua Menteri Melaka didenda RM1,900 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/09/bekas-ketua-menteri-melaka-didenda.html

Subscribe to receive free email updates: