Mahathir Bukan Reformis!

Mahathir Bukan Reformis! - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahathir Bukan Reformis!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahathir Bukan Reformis!
link : Mahathir Bukan Reformis!

Baca juga


Mahathir Bukan Reformis!


Cubaan Tun Dr Mahathir Mohamad berbaik-baik dengan bekas pengkritiknya yang juga penyokong reformasi hari ini terbukti gagal, apabila namanya turut dimasukkan dalam resolusi mereka pada Konvensyen Reformis Malaysia.


Resolusi ke-6 konvensyen itu menyatakan bekas perdana menteri itu bukan seorang reformis. “Dan konvensyen ini bukan sebuah forum meminta pandangan beliau mengenai agenda reformasi,” kata kumpulan reformis itu sejurus sebelum konvensyen berkenaan berakhir.

Sembilan resolusi dicadangkan. Berikut ialah kenyataan “semangat dan intelektualisme daripada reformis 1998 yang masih segar” dan menjadi inspirasi belia.

Reformasi ialah gerakan yang diketuai bekas ketua pembangkang dipenjarakan, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembaharuan politik dan menyingkirkan perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir, susulan pemecatan dramatik Anwar daripada Kabinet pada September 1998.

Pemecatan itu turut mencetuskan beberapa protes besar-besaran anti-kerajaan di Malaysia sejak negara merdeka, dengan sejumlah penunjuk perasaan ditahan dalam perhimpunan hujung minggu mereka di Kuala Lumpur.

Ucapan Dr Mahathir di Konvensyen Reformis Malaysia bukan sebahagian daripada program penganjur.

Saari Sungib yang mengetuai sekumpulan bekas aktivis reformasi dipanggil Otai Reformis, memberitahu portal berita Malaysiakini yang Dr Mahathir sendiri meminta untuk menghadiri acara berkenaan.

“…saya ingin tekankan di sini akan pentingnya kita lupakan yang lama,” kata pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu pada Konvensyen Reformis Malaysia yang dihadiri kira-kira 200 orang.

Namun, ucapannya mendapat pelbagai respons dengan ada yang melaungkan: “Tak boleh lupa Tun. 18 tahun Tun!” Mereka merujuk masa yang dihabiskan gerakan reformasi untuk memastikan Anwar mendapat “keadilan”.

Walaupun laungan “Reformasi” dan “Bebas Anwar” kedengaran di konvensyen petang tadi, Dr Mahathir mengakui bukan semua orang yang suka beliau.

“Orang politik mesti terima hakikat dia tak akan disukai semua orang…yang lain nak kata saya Mahafiraun ke, mahazalim ke, itu dia boleh kata,” katanya merujuk label yang diberikan pengkritiknya.

“Apa yang utama ialah apakah kita boleh bersatu dan jatuhkan kerajaan Najib. Lepas itu kalau nak ambil tindakan ke atas saya, ambillah.

“Saya cuma minta ketepikan masalah-masalah lain, utamakan perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional,” kata Dr Mahathir sambil menambah tanpa kuasa, perjuangan tidak akan berjaya lapor FMT


Demikianlah Artikel Mahathir Bukan Reformis!

Sekianlah artikel Mahathir Bukan Reformis! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahathir Bukan Reformis! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/mahathir-bukan-reformis.html

Subscribe to receive free email updates: