Teman lelaki suspek wanita Indonesia turut ditahan

Teman lelaki suspek wanita Indonesia turut ditahan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Teman lelaki suspek wanita Indonesia turut ditahan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Teman lelaki suspek wanita Indonesia turut ditahan
link : Teman lelaki suspek wanita Indonesia turut ditahan

Baca juga


Teman lelaki suspek wanita Indonesia turut ditahan


ANTARAPOS.COM

Post Pic


KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara pada Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata lelaki berusia 26 tahun itu dipercayai teman lelaki kepada suspek wanita warga Indonesia yang ditahan pagi tadi berhubung kes itu.

Lelaki itu ditahan di sekitar Ampang, pada jam 6 petang semalam.

"Kami tahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan kes itu, penahanan itu bagi membantu mengesan wanita Indonesia berkenaan, yang akhirnya (wanita Indonesia itu) berjaya ditahan awal pagi tadi," katanya dipetik Bernama.

Awal hari ini Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam satu kenyataan, berkata wanita bernama Siti Aishah dan dilahirkan di Serang, Indonesia, pada 11 Februari 1992 ditahan. Dia memegang pasport Indonesia.

Ia adalah wanita kedua ditangkap bersabit kematian Jong-nam susulan penahanan wanita yang memegang pasport Vietnam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 8.20 pagi semalam.

Pada Isnin lepas, Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, dilaporkan berada di klia2 pada pukul 8 pagi untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila seorang wanita dikatakan menghampiri mangsa sebelum menyerkup kepalanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.

Jong-nam yang hidup terasing daripada adiknya itu dan menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Selepas penahanan dua suspek wanita itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata lebih banyak tangkapan dijangkakan.

Difahamkan, polis sedang memburu empat lagi lelaki bagi membantu siasatan kes itu.

Sementara itu, dua pegawai polis Malaysia melakukan kunjungan singkat ke Kedutaan Korea Utara di sini, dikatakan untuk berjumpa Duta

Kang Chol bagi membincangkan mengenai Kim Jong-nam, yang dibunuh di klia2 pada hari Isnin.
Mereka masuk ke perkarangan kedutaan itu pada kira-kira 12.50 tengah hari dan beredar kira-kira 15 minit kemudian.

Mereka enggan mengulas mengenai kunjungan itu semasa ditemui pemberita. Seorang daripada mereka, asisten superintenden, berkata: "Anda patut tanya ketua saya. Anda mungkin boleh tunggu sehingga ketua saya berikan kenyataan."

Mereka melakukan kunjungan itu kira-kira sejam sebelum Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan pada sidang media bahawa lelaki menggunakan nama Kim Chol yang dibunuh di klia2 ialah Kim Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya, pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un.

Selain beberapa kereta menggunakan nombor pendaftaran kedutaan yang keluar masuk premis itu, keadaan di kawasan itu adalah sunyi. Duta tidak kelihatan dan pemberita tidak dibenarkan masuk.

Pagi ini, kedutaan menerima kira-kira 40 pelawat, beberapa daripada mereka memakai busana tradisional Korea. Ketika dihampiri, tiada daripada mereka bersedia untuk bercakap.

Sedikit kekecohan berlaku apabila seorang pemberita asing masuk ke perkarangan dan merakamkan gambar di dalam rumah itu dari pintu depan yang terbuka menggunakan telefon pintarnya.

Seorang pegawai kedutaan merampas telefon daripada lelaki itu, memadamkan semua gambar dan pulangkannya semula kepada pemberita itu. Mereka berjabat tangan sebelum pemberita itu beredar meninggalkan perkarangan itu.



Demikianlah Artikel Teman lelaki suspek wanita Indonesia turut ditahan

Sekianlah artikel Teman lelaki suspek wanita Indonesia turut ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Teman lelaki suspek wanita Indonesia turut ditahan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/02/teman-lelaki-suspek-wanita-indonesia.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :