Pas minta kerajaan kaji semula pindaan Akta 164

Pas minta kerajaan kaji semula pindaan Akta 164 - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pas minta kerajaan kaji semula pindaan Akta 164, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pas minta kerajaan kaji semula pindaan Akta 164
link : Pas minta kerajaan kaji semula pindaan Akta 164

Baca juga


Pas minta kerajaan kaji semula pindaan Akta 164

MALAYSIA DATELINE


Pas meminta kerajaan mengkaji semula Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) dengan menubuhkan jawatankuasa khas untuk merangka dan mengemukakan penyelesaian yang lebih adil, menyeluruh dan inklusif.
Abdul Hadi AwangAbdul Hadi Awang

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jawatankuasa ini perlu melibatkan semua pihak yang berkepentingan sama ada daripada kalangan penganut Islam dan juga agama-agama lain.

"Jawatankuasa ini juga perlu mendapatkan pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pengamal undang-undang syariah dan sivil, pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya yang merupakan pihak yang terkesan secara langsung dalam pindaan Akta 164 ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Akta 164 dalam proses untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Akta 164 ini adalah secara langsung berkaitan hak kekeluargaan orang Islam di Mahkamah Sivil, status agama anak, hak penjagaan, nafkah dan pengagihan harta.

Ahli parlimen Marang itu berkata, kesan keseluruhan Akta 164 adalah sangat serius kerana membabitkan kebebasan umat Islam untuk mengamalkan agama mereka.

"Akta 164 memberi kesan terhadap kebebasan umat Islam untuk mengamalkan agama mereka dan mempertahankan aqidah tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, pencemaran terhadap keutuhan institusi Mahkamah Syariah dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan etnik dalam negara kita," katanya.



Demikianlah Artikel Pas minta kerajaan kaji semula pindaan Akta 164

Sekianlah artikel Pas minta kerajaan kaji semula pindaan Akta 164 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pas minta kerajaan kaji semula pindaan Akta 164 dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/pas-minta-kerajaan-kaji-semula-pindaan.html

Subscribe to receive free email updates: