[VIDEO] AMANAH Saman Razman Zakaria Kerana Memfitnah

[VIDEO] AMANAH Saman Razman Zakaria Kerana Memfitnah - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [VIDEO] AMANAH Saman Razman Zakaria Kerana Memfitnah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [VIDEO] AMANAH Saman Razman Zakaria Kerana Memfitnah
link : [VIDEO] AMANAH Saman Razman Zakaria Kerana Memfitnah

Baca juga


[VIDEO] AMANAH Saman Razman Zakaria Kerana Memfitnah


Kaitkan dengan komunis: Amanah tegas saman Bendahari Pas Pusat


Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengemukakan saman fitnah terhadap Bendahari Pas Pusat Razman Zakaria merangkap Pesuruhjaya Pas Perak berhubung dakwaan beliau kononnya Amanah ditubuhkan sebagai 'proksi DAP'.


Beberapa hari ini, gambar yang bertajuk 'sejarah yang berulang' dengan menyamakan Amanah dengan Rejimen Ke-10 iaitu sayap kanan Parti Komunis Malaya tular semula di media sosial.

Gambar itu difahamkan dimuat naik oleh Razman tahun lalu sebelum beliau sekali lagi mengulas berhubung gambar itu di Facebooknya semalam.

Peguam Amanah Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Presiden Mohamad Sabu, timbalan presiden Salahuddin Ayub dan setiausaha agung Mohd Anuar Tahir berkata, pihaknya memberi masa 14 hari untuk Razman membuat permohonan maaf.

"Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya untuk mengambil tindakan saman fitnah ke atas Razman oleh kerana dalam posting ini ada melibatkan beberapa pimpinan Amanah antaranya Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan Anuar Tahir, saya akan saman atas nama individu yang ada dalam gambar itu.

"Dalam masa sehari dua ini saya akan hantar notis tuntutan kepada Razman, kalau tiada apa-apa respons dalam masa 14 hari kita akan teruskan dengan tindakan saman," katanya pada sidang media bersama Salahuddin di Wisma Amanah Negara hari ini.

Hanipa yang juga pengerusi Biro Undang-undang Amanah berkata, saman fitnah itu berasas kerana Razman membuat fitnah tersebut dalam keadaan tiada sebarang provokasi dilakukan ke atasnya.

"Razman kaitkan Amanah dengan komunis secara tiba-tiba, tak ada siapa provok dia dan dalam bulan Ramadan," katanya yang juga ahli parlimen Sepang.

Beliau juga berkata, DAP juga boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas Razman kerana gambar setiausaha agung DAP Lim Guan Eng turut ada dalam gambar yang dimuat naik.

"Dari segi undang-undang DAP boleh saman jika mereka mahu kerana tuurt dikaitkan dalam fitnah ini," katanya.

Razman juga sedang berhadapan kes saman fitnah oleh timbalan pengerusi Amanah Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Pada tahun 2015, Nizar memfailkan tuntutan fitnah sebanyak RM3 juta terhadap Razman yang didakwa memfitnahnya sebagaimana artikel yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian edisi Perak bertarikh 2 Jun 2015, bertajuk Pendekatan Nizar mirip DAP. - Hazayani Zakaria/MD








RAYUAN SUMBANGAN

Saya amat memerlukan sumbangan tuan-puan untuk mendapat sebuah laptop berkuasa tinggi (i7) bagi kerja-kerja mengemaskinikan blog ini. 

Laptop GB yang ada kini sudah begitu lama dan tidak lagi dapat menampung kerja-kerja berat seperti pengeditan video, grafik dan live streaming. Ia mudah panas dan padam tiba-tiba menyebabkan pengemaskinian blog pun jadi tergendala. 

Justeru itu, GB dengan rendah hati merayu sumbangan dari tuan-tuan dan puan-puan untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu GB mendapatkan sebuah laptop i7 yang baharu (jenama MSI atau ASUS) dengan cool-iced technology. Sumbangan boleh dilakukan ke akaun pemegang amanah tabung Kelab Greenboc seperti tertera di bawah ini:

Akaun Maybank: 104058248904
Nama: ZULKIPLY BIN HARUN

Maklumkan semua sumbangan sdra kepada email: greenboc@gmail.com

Semuga Allah membalas jasa baik tuan-puan dengan ganjaran berlipat ganda.

p/s Iklan ini akan dipadam apabila sumbangan telah mencukupi.






FEATURED ADS







Demikianlah Artikel [VIDEO] AMANAH Saman Razman Zakaria Kerana Memfitnah

Sekianlah artikel [VIDEO] AMANAH Saman Razman Zakaria Kerana Memfitnah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [VIDEO] AMANAH Saman Razman Zakaria Kerana Memfitnah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/06/video-amanah-saman-razman-zakaria.html

Subscribe to receive free email updates: