Judul : Bagaimana persoalan boleh makan dedak Umno atau tidak boleh makan dedak Umno itu boleh timbul?
link : Bagaimana persoalan boleh makan dedak Umno atau tidak boleh makan dedak Umno itu boleh timbul?
Bagaimana persoalan boleh makan dedak Umno atau tidak boleh makan dedak Umno itu boleh timbul?
Cenangau Daunkari
Yang aku faham setakat ni...
Nurul Islam dituduh dapat RM2jote dari Umno.
1. Betulkah Hj Hadi pernah kata tak salah makan duit Umno.
2. Betulkah si Nurul Islam ada terima RM2jote dari Umno?
Yang aku faham setakat ni...
Nurul Islam dituduh dapat RM2jote dari Umno.
Nurul Islam kata itu fitnah tapi dalam nak mempertahankan diri dia kata Hj Hadi ada kata tak salah terima duit dari Umno.
Ust Din menantu Hj Hadi sudah panas bontot dan serang Nurul Islam secara terbuka dalam facebook.
1. Betulkah Hj Hadi pernah kata tak salah makan duit Umno.
Hat ni sampai kiamat pun takkan boleh dipastikan kebenarannya. Kecuali kalau ada bukti video audio ataupun Hj Hadi sendiri mengaku. Kalau setakat menafikan, orang PAS yg wala' ja kut yg percaya.
2. Betulkah si Nurul Islam ada terima RM2jote dari Umno?
Tak mustahil jugak kalau bukan dia, ada orang lain yg ambik duit tu. Macam pepatah orang² tua, "Kalau takdak angin takkan pokok bergoyang."
Lagi pun, takat RM2jote tu takat celah gigi Umno ja... Apa persepsi hangpa?Popcorn bungkus ikat tepi satu... Hahaha...
P/s. Untuk yg baru nak up politik, si Nurul Islam adalah orang yg paling barsungguh² buat "fitnah" dalam isu "geng Hawaii-Five-O". Kalau masih blur jugak pi google laa... Hahaha...
Berikut pula komen menantu Hj Hadi yang dikatakan panas bontot menyerang Nurul Islam :
PRESIDEN PAS BUKAN SEPERTI YANG DIGAMBARKAN
OLEH SAUDARA NURUL ISLAM
Oleh: Zaharudin Muhammad
Petang semalam saya berkomunikasi dengan Ustaz Zuzaili berkenaan dengan posting beliau berkaitan dakwaan Nurul Islam bahawa TG Haji Abdul Hadi (TG), Presiden PAS membenarkan ambik duit UMNO dalam satu ziarah yang dihadiri oleh sahabat-sahabat dan kenalan saya. http://ift.tt/2wyGyPr;
Petang semalam saya berkomunikasi dengan Ustaz Zuzaili berkenaan dengan posting beliau berkaitan dakwaan Nurul Islam bahawa TG Haji Abdul Hadi (TG), Presiden PAS membenarkan ambik duit UMNO dalam satu ziarah yang dihadiri oleh sahabat-sahabat dan kenalan saya. http://ift.tt/2wyGyPr;
Setelah saya telah menghubungi hampir semua yang hadir dalam majlis tersebut, saya dapati dakwaan Nurul Islam berupa fitnah yang berat terhadap TG dan perbuatan ini boleh menconteng arang bukan sahaja ke muka TG, bahkan kepada PAS secara amnya jika tidak dibendung.
Saya kenali TG jauh lebih dekat berbanding Nurul Islam. TG seorang yang tegas tentang banyak perkara. Apabila biras saya, ustaz akmal kamarudin, KP Perak, ditawarkan oleh seorang MP UMNO untuk pergi hajipun, beliau bertegas tidak membenarkan (Ustaz Akmal sebenarnya telah menolak sebelum beliau larang).
Beliau juga sentiasa berpandangan bahawa Ettihad Ulama Antarabangsa perlu berhati-hati dengan bantuan kewangan daripada kerajaan-kerajaan teluk dibimbangi boleh mempengaruhi fatwa dan keputusan.
Beliau juga banyak bercerita kepada saya tentang tawaran-tawaran wang daripada kuasa-kuasa dan negara-negara luar kepada pimpinan-pimpinan sebelum ini, semuanya ditolak.
Ada seorang pimpinan kanan pernah dienggage oleh agen CIA dengan tawaran wang, tetapi semua itu ditolak sekalipun mereka tak memberikan apa-apa syarat. Secara peribadi, TG sentiasa berpesan kepada saya tentang 3 perkara:
1. Tentang duit terutamanya jika datang daripada UMNO
2. Tentang pangkat terutamanya jika dilantik oleh UMNO dan ke
3. Perlu berjaga-jaga tentang fitnah perempuan.
Saya masih ingat, pada suatu pagi sewaktu saya mahu turun ke pejabat, TG minta saya duduk sekejap. Saya ingatkan apa, rupanya semata-mata berpesan supaya awas jika ditawarkan duit, pangkat dan perempuan. Sebab itu saya rasa sangat hairan apabila saudara Nurul Islam boleh mendakwa TG bersetuju mengambil duit daripada UMNO di dalam majlis yang dihadiri oleh semua rakan yang saya kenal.
Saya sudah bertanya hampir semua mereka yang hadir dan jawapan mereka adalah bercanggah dengan dakwaan Nurul Islam kerana TG di dalam majlis tersebut 4 kali ditanya oleh Ustaz Muiz dan 4 kali juga TG menyebut larangan mengambil duit UMNO dan menyebut bahawa PAS ada ramai ahli dan penyokong korporat, kenapa mesti daripada UMNO?
Saya bersetuju dengan Ustaz Zuzaili untuk menulis perkara ini secara terbuka kerana bagi saya, konon-kononnya TG bersetuju ambik duit UMNO atas nama strategi sudah hampir tersebar dikalangan jentera parti, terutamanya di hampir semua negeri.
Ada yang kata: “saya tak bersetuju ambik duit UMNO, tapi bila presiden bersetuju, maka saya akur”.
Jenuh saya nak betulkan. Perkara ini, jika dibiarkan akan membarah dan betul sebagaimana yang disebut oleh Ustaz Zuzaili, ia akan menjadi racun dibawah akar.
Punca kepada racun ini menjalar sekalipun hanya sekerat individu, tetapi ia akan merosakkan jika terus dibiarkan bergerak. Sebab itu, saya berpesan, jika ada pimpinan yang ambik duit UMNO dan PH (Insyallah setakat ini seyakin saya tiada), saya dan kawan-kawan saya akan lawan sekalipun terguling kerana penerimaan dana daripada pihak yang menjadi lawan yang ada “conflict of interest” boleh memberi kesan hala tuju dan bias kepada sesuatu keputusan parti.
Saya telah menulis panjang tentang pendirian kita terhadap dana dan pembiayaan luar dilink berikut: http://ift.tt/2vFQvy8
Komen al-Husseyn :
Walaupun sahabat saya , Cenangau menimbulkan dua isu tersebut, bagi saya samada Nurul Islam berbohong atau samada Hj Hadi ada buat kenyataan boleh makan duit Umno bukanlah perkara yang penting sangat.
Persoalan paling pokok ialah kenapa dan bagaimana persoalan boleh makan dedak Umno atau tidak boleh makan dedak Umno itu boleh timbul?
Apakah Tindakan Pas terhadap Nurul Islam?
Memandangkan dakwaan Nurul Islam itu sangat serius dan menantu Hj Hadi sendiri menganggapnya sebagai 'fitnah yang berat terhadap TG dan perbuatan ini boleh menconteng arang bukan sahaja ke muka TG, bahkan kepada PAS' maka apakah tindakan Pas selanjutnya?
Komen al-Husseyn :
Walaupun sahabat saya , Cenangau menimbulkan dua isu tersebut, bagi saya samada Nurul Islam berbohong atau samada Hj Hadi ada buat kenyataan boleh makan duit Umno bukanlah perkara yang penting sangat.
Persoalan paling pokok ialah kenapa dan bagaimana persoalan boleh makan dedak Umno atau tidak boleh makan dedak Umno itu boleh timbul?
Apakah Tindakan Pas terhadap Nurul Islam?
Memandangkan dakwaan Nurul Islam itu sangat serius dan menantu Hj Hadi sendiri menganggapnya sebagai 'fitnah yang berat terhadap TG dan perbuatan ini boleh menconteng arang bukan sahaja ke muka TG, bahkan kepada PAS' maka apakah tindakan Pas selanjutnya?
Demikianlah Artikel Bagaimana persoalan boleh makan dedak Umno atau tidak boleh makan dedak Umno itu boleh timbul?
Sekianlah artikel Bagaimana persoalan boleh makan dedak Umno atau tidak boleh makan dedak Umno itu boleh timbul? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bagaimana persoalan boleh makan dedak Umno atau tidak boleh makan dedak Umno itu boleh timbul? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/08/bagaimana-persoalan-boleh-makan-dedak.html