Judul : Saman Adnan Yaakob, Utusan selesai di luar mahkamah
link : Saman Adnan Yaakob, Utusan selesai di luar mahkamah
Saman Adnan Yaakob, Utusan selesai di luar mahkamah
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Saman Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap akhbar Utusan Malaysia akhirnya diselesaikan di luar mahkamah selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan mengenainya hari ini.
Persetujuan berkenaan dicapai di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad.
Ekoran persetujuan itu akhbar tersebut bersetuju menerbitkan kenyataan kesal mereka mereka terhadap sebuah rencana berjudul Hebat sangatkah Adnan? yang tersiar 2014 lalu.
Selain akan menyiarkan kenyataan itu pada halaman kedua akhbar berkenaan esok Utusan juga menawarkan sesi temu bual dengan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dalam tempoh seminggu dari hari ini.
Dalam kenyataan itu Utusan mengakui Adnan seorang pemimpin yang berjaya menerajui pucuk pimpinan BN di Pahang selama empat penggal berturut-turut.
Antara lain kandungan kenyataan yang dijanjikan itu ialah: "Kami juga menyedari bahawa Adnan berasa amat kecewa dengan penerbitan artkel bertajuk Hebat sangatkah Adnan? yang diterbitkan Mingguan Malaysia pada 9 Nov 2014 yang menjejaskan reputasi beliau.
"Kami mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa tiada langsung niat di pihak kami untuk menjejaskan perasaan, kewibawaan dan reputasi (beliau) selaku salah seorang pemimpin Pahang yang dihormati."
Sesi temubual berkenaan akan dikendalikan oleh penyunting kanan Utusan, berkisar mengenai kejayaan Adnan mentadbir Pahang selama empat penggal serta aspirasi beliau untuk negeri berkenaan.
Artikel itu akan diterbitkan Utusan selepas mendapat persetujuan Adnan.
Demikianlah Artikel Saman Adnan Yaakob, Utusan selesai di luar mahkamah
Sekianlah artikel Saman Adnan Yaakob, Utusan selesai di luar mahkamah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saman Adnan Yaakob, Utusan selesai di luar mahkamah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/08/saman-adnan-yaakob-utusan-selesai-di.html