Jemaah surau di Damansara Damai nyaris jadi mangsa bom petrol

Jemaah surau di Damansara Damai nyaris jadi mangsa bom petrol - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jemaah surau di Damansara Damai nyaris jadi mangsa bom petrol, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jemaah surau di Damansara Damai nyaris jadi mangsa bom petrol
link : Jemaah surau di Damansara Damai nyaris jadi mangsa bom petrol

Baca juga


Jemaah surau di Damansara Damai nyaris jadi mangsa bom petrol

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Jemaah sebuah surau di Damansara Damai, di sini, terselamat apabila satu bom petrol (molotov cocktail) yang dicampakkan ke dalam kawasan surau ketika mereka sedang menunaikan solat Subuh, pagi kelmarin, tidak meletup.
 
Kejadian disedari pada jam 6.15 pagi selepas oleh salah seorang dari 20 jemaah Surau Al-Huda, yang baru selesai menunaikan solat Subuh, melihat kesan terbakar pada pintu masuk surau berkenaan.
 
Ahli Jawatankuasa Surau berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia kemudian memanggil jemaah lain untuk membantu memadamkan kebakaran akibat bom petrol yang dicampakkan itu.
 
"Kami bernasib baik kerana botol arak mengandungi minyak tanah dan kain bersumbu yang diubahsuai menjadi bom petrol tidak meletup.
 
"Bayangkan kalau betul-betul letupan terjadi mungkin akan mengakibatkan kecederaan atau kematian," katanya seperti yang dilapor BH Online.
 
Katanya berdasarkan maklumat dari saksi, terdapat kelibat dua lelaki yang dipercayai berada di luar kawasan surau semasa kejadian berlaku dan membaling bom petrol berkenaan, namun botol itu tidak pecah.
 
"Pada masa ini kami sudah maklumkan semua maklumat yang ada kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.
 
Dia juga tidak tahu sekiranya kejadian berkenaan mempunyai kaitan dengan masalah penduduk berhubung pembinaan sebuah kuil di Jalan PJU10/1F.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata pihaknya mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
 
"Pada masa ini kita masih meneliti laporan oleh saksi dan jemaah surau berkenaan dan mengklasifikasikan kes berkenaan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas kesalahan khianat dengan api," katanya.
 
 


Demikianlah Artikel Jemaah surau di Damansara Damai nyaris jadi mangsa bom petrol

Sekianlah artikel Jemaah surau di Damansara Damai nyaris jadi mangsa bom petrol kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jemaah surau di Damansara Damai nyaris jadi mangsa bom petrol dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/11/jemaah-surau-di-damansara-damai-nyaris.html

Subscribe to receive free email updates: