Peguam: Peluang cerah buka semula kes Altantuya kerana petunjuk baru

Peguam: Peluang cerah buka semula kes Altantuya kerana petunjuk baru - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam: Peluang cerah buka semula kes Altantuya kerana petunjuk baru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Entertaiment, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam: Peluang cerah buka semula kes Altantuya kerana petunjuk baru
link : Peguam: Peluang cerah buka semula kes Altantuya kerana petunjuk baru

Baca juga


Peguam: Peluang cerah buka semula kes Altantuya kerana petunjuk baru

Ramkarpal Singh berkata, beliau membangkitkan petunjuk baru dalam
pertemuan itu dan Tommy Thomas bersetuju petunjuk sedemikian boleh
menjadi asas untuk penyiasatan.
Ramkarpal Singh yang mewakili keluarga Altantuya berkata, Sirul Azhar tidak perlu diekstradisi dari Australia bagi mengenal pasti motif pembunuhan Altantuya kerana ada petunjuk lain yang boleh membuka ruang siasatan. 

 PUTRAJAYA: Siasatan baru mungkin dijalankan ke atas kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 12 tahun lalu. 

 Bapanya, Shaariibuu Setev yang kini berada di Malaysia bagi mengetahui siapa yang mengarahkan pembunuhan itu dan motifnya menemui Peguam Negara, Tommy Thomas dan dijangka mengunjungi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini. 

 Peguam keluarga Altantuya, Ramkarpal Singh berkata petunjuk baru dibangkitkan dalam pertemuan Setev dan Thomas di Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini. 

Bercakap kepada pemberita di lobi AGC selepas pertemuan itu, Ramkarpal berkata, ada peluang cerah untuk kes itu dibuka semula. 

 “Tidak ada keputusan akhir pada peringkat ini, namun ada isyarat yang siasatan lanjut akan dijalankan. Itu dalam perancangan dalam masa terdekat. 

“Saya tidak boleh letak rangka masa. Kami tidak bincang tentang rangka masa. Ia tidak akan ditetapkan kerana isu tersebut merupakan perkara yang tertangguh sejak sekian lama,” katanya. 

 Ramkarpal berkata, beliau membangkitkan petunjuk baru dalam pertemuan itu dan Thomas bersetuju petunjuk sedemikian boleh menjadi asas untuk penyiasatan. 

 “Peguam negara akan melihat isu (petunjuk baru) itu lebih lanjut.” 

 Mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Ramkarpal berkata, RCI hanya satu pilihan. 

“Jika isu itu dapat diselesaikan menerusi siasatan lanjut, maka tidak perlu RCI.” 

Altantuya dipercayai ditembak mati dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan di hutan sekunder di Mukim Bukit Raja, Klang antara 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. 

Pada 2009, bekas anggota Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri didapati bersalah membunuh Altantuya. 

Mahkamah Rayuan menterbalikkan hukuman mereka pada 2013, namun susulan rayuan pihak pendakwaan, hukuman terhadap mereka dikekalkan Mahkamah Persekutuan. 

Bagaimanapun, Sirul melarikan diri ke Australia di mana dia ditahan Imigresen Australia di pusat tahanan Sydney selepas Interpol mengeluarkan notis merah terhadapnya. Dia berada di pusat tahanan itu sejak 2015 dan berharap mendapat suaka di Australia. 

 Mengenai kemungkinan Sirul diekstradisi dari Australia, Ramkarpal berpandangan langkah itu tidak perlu bagi mengenal pasti motif pembunuhan. 

“Ada petunjuk lain di Malaysia yang boleh membuka ruang untuk siasatan.” 

Sementara itu, Setev yang kelihatan tenang semasa tiba di AGC dan sepanjang sidang media itu, berkata beliau hanya mahukan keadilan dan tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang. 

Beliau berkata demikian dalam bahasa Mongolia dan diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh penterjemah yang mengiringinya ke Malaysia. ~ freemalaysiatoday


Demikianlah Artikel Peguam: Peluang cerah buka semula kes Altantuya kerana petunjuk baru

Sekianlah artikel Peguam: Peluang cerah buka semula kes Altantuya kerana petunjuk baru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam: Peluang cerah buka semula kes Altantuya kerana petunjuk baru dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2018/06/peguam-peluang-cerah-buka-semula-kes.html

Subscribe to receive free email updates: