Adakah Tangisan Ahli UMNO Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib?

Adakah Tangisan Ahli UMNO Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adakah Tangisan Ahli UMNO Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adakah Tangisan Ahli UMNO Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib?
link : Adakah Tangisan Ahli UMNO Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib?

Baca juga


Adakah Tangisan Ahli UMNO Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib?

 


Sebanyak 70 peratus ahli Umno termasuk akar umbi berdukacita dan sedih terhadap nasib bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, dapatan itu diperolehi daripada mesyuarat khas Umno yang diadakan baru-baru ini.

Malah di luar bangunan Mahkamah Persekutuan pada hari terakhir rayuan Najib, ada penyokong menangis kerana tidak dapat menerima kenyataan selepas Najib memberitahu, beliau tidak mendapat keadilan dalam kes rayuan SRC International di luar bangunan Mahkamah Persekutuan.

Adakah tangisan hiba mereka itu (ada yang berguling atas jalan atau tidak, tak tahulah aku..) akan mampu mempengaruhi dan dijadikan alasan untuk pemgampunan Najib?.. Bacalah laporan di bawah ini..

KUALA LUMPUR: Dakwaan ketidakadilan dalam perbicaraan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berdasarkan emosi ahli-ahli sesebuah parti politik tidak boleh menjadi alasan untuk memberi pengampunan terhadapnya.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, berkata jika sekalipun Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, pengampunan juga tidak seharusnya diberikan.

"Alasan paling kuat mengapa pengampunan tidak patut diberi atas alasan ini ialah 'precedent' yang diwujudkan oleh kes Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak patut diikuti untuk mengelak pemimpin-pemimpin yang korup, menyalah guna kuasa dan menyeleweng wang negara dan penjenayah daripada berkuasa atau berkuasa semula dan mengelak hukuman.

"Ia juga untuk mengelak ahli-ahli politik daripada memperalatkan Raja Berperlembagaan dan Lembaga Pengampunan untuk membolehkan pemimpin seperti itu berkuasa atau berkuasa semula. Itu bukanlah tujuan Lembaga Pengampunan diadakan," katanya dalam catatan yang dikongsi dalam blog, tunabdulhamid.my hari ini.

Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas kesalahan liwat dan Ahli Parlimen Port Dickson itu mula menjalani hukuman penjara sebelum diberikan pengampunan penuh oleh Yang diPertuan Agong pada Mei 2018, iaitu selepas dipenjara lebih tiga tahun.


Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata, sebaiknya mana-mana Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan perlu kembali kepada amalan asalnya, iaitu mengampun kesalahan tanpa mempertikai keesahan sabitan dan hukuman oleh mahkamah.

"Lembaga Pengampunan bukanlah Mahkamah Rayuan dan jika tertuduh tidak bersalah, apakah yang hendak diampunkan? Dalam kes Najib ini, beliau didapati bersalah pada 23 Ogos 2022. Pada 2 September 2022 (10 hari kemudian) beliau memfailkan petisyen pengampunan. Sekarang semua orang menunggu bilakah Lembaga Pengampunan akan bersidang dan apakah keputusannya.

"Katakanlah dalam masa terdekat Lembaga Pengampunan bersidang dan memberi pengampunan kepada beliau, ia akan menjadikan sistem perundangan dan kehakiman di negara ini bahan ketawa di dunia. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghabiskan bertahun-tahun menyiasat, pendakwa raya menghabiskan berbulan-bulan mengkaji kertas siasatan.

"Bertahun hakim membicara dan mendengar rayuan lepas rayuan, merekod, menyemak dan mengkaji beribu-ribu halaman keterangan dan dokumen, mendengar berpuluh-puluh orang saksi dan menulis beratus-ratus halaman alasan penghakiman satu dua bulan selepas tertuduh disabitkan dan dihukum penjara berpuluh-puluh tahun dan didenda beratus-ratus juta atau berbilion, tanpa terpaksa melakukan apa yang disebut itu semua. Ahli-ahli Lembaga Pengampunan, dengan satu ayat mengampun sabitan dan hukuman itu. Perlukah saya berkata apa-apa lagi? bayangkanlah sendiri," katanya.

Beliau berkata, kesalahan Najib adalah lebih besar daripada kesalahan Anwar kerana sabitan kesalahan melibatkan Presiden PKR itu adalah terhadap seorang individu.

"Kesalahan DS Najib membabitkan kewangan negara. Patutkah Raja Berperlembagaan mengampunnya semata-mata kerana partinya menang PRU? Jika itu berlaku, akan jadi bahan ketawalah negara Malaysia dan Raja Berperlembagaannya!.

"Najib sedang menghadapi beberapa pertuduhan lagi. Jika beliau diampunkan dalam kes ini, jika selepas ini beliau didapati bersalah lagi, adakah beliau akan diampun lagi atas alasan yang sama?" katanya lapor Berita Harian


Demikianlah Artikel Adakah Tangisan Ahli UMNO Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib?

Sekianlah artikel Adakah Tangisan Ahli UMNO Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adakah Tangisan Ahli UMNO Boleh Dijadikan Alasan Pengampunan Najib? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/09/adakah-tangisan-ahli-umno-boleh.html

Subscribe to receive free email updates: