Mahkamah Buat Keputusan Betul - Anak Rosmah - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Buat Keputusan Betul - Anak Rosmah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Mahkamah Buat Keputusan Betul - Anak Rosmahlink :
Mahkamah Buat Keputusan Betul - Anak Rosmah
Baca juga
Mahkamah Buat Keputusan Betul - Anak Rosmah

PETALING JAYA: Anak perempuan Rosmah Mansor berkata Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul dalam mensabitkan ibunya atas tuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion.
Azrene Ahmad, anak kandung Rosmah daripada perkahwinan terdahulu yang sebelum ini dilaporkan mempunyai hubungan “dingin” dengan ibunya berkata, keputusan mahkamah perlu dihormati.
“Biarlah perkara itu habis sehingga ke Mahkamah Persekutuan jika perlu. Kita perlu mempercayai fakta dan keupayaan badan kehakiman kita untuk mencapai penghakimannya tanpa halangan dan tanpa rasa takut.
“Sebagai seorang anak, ia sentiasa mudah untuk berfikir hanya secara subjektif. Ia sentiasa sukar untuk menjadi objektif dalam pemikiran dan tindakan kita, memandangkan keadaan sosio-teologi yang telah kita terima sejak lahir.
“Walaupun banyak ‘white noise’ subjektif oleh masyarakat kita, budaya dan penerapan agamanya, saya tetap objektif. Betul adalah betul, salah adalah salah – terutama apabila ia berkaitan dengan pemimpin (termasuk pasangan); walaupun mereka adalah keluarga,” katanya di Instagram.
Azrene yang berkahwin dengan cef selebriti Fazley Yaakob berkata, beliau menerima pelbagai teguran sejak empat tahun lalu, sejak kejatuhan kerajaan Barisan Nasional.
Beliau menegaskan akan terus memperjuangkan kepentingan negara kerana ia adalah tanggungjawabnya sebagai manusia dan rakyat Malaysia, walaupun kapasitinya terhad.
“Sebagai seorang anak, saya hanya boleh terus mendoakan mereka (ibu bapa) dan mengharapkan yang terbaik walaupun saya menjangkakan yang paling teruk,” katanya.
Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar sekolah Sarawak.
Hakim Mahkamah Tinggi Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu.
Hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan Rosmah di Mahkamah Rayuan ~
FMT
Demikianlah Artikel Mahkamah Buat Keputusan Betul - Anak Rosmah
Sekianlah artikel Mahkamah Buat Keputusan Betul - Anak Rosmah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Buat Keputusan Betul - Anak Rosmah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/09/mahkamah-buat-keputusan-betul-anak.html