Najib Terpaksa Mandi Air Sejuk Saja Dipenjara.. - Hallo sahabat
BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Terpaksa Mandi Air Sejuk Saja Dipenjara.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan
Artikel Artis,
Artikel Gosip,
Artikel kabar,
Artikel News,
Artikel Politik,
Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.
Judul :
Najib Terpaksa Mandi Air Sejuk Saja Dipenjara..link :
Najib Terpaksa Mandi Air Sejuk Saja Dipenjara..
Baca juga
Najib Terpaksa Mandi Air Sejuk Saja Dipenjara..

BEKAS perdana menteri Najib Razak yang menjalani hukuman penjara 12 tahun tidak mendapat layanan istimewa di Penjara Kajang, lapor Utusan Malaysia.
Beliau mendapat makanan yang sama seperti banduan lain, terpaksa mandi air sejuk dan selnya hanya mempunyai kipas, lapor akhbar itu memetik sumber.
Najib ditempatkan di sel pengasingan bagi memastikan keselamatannya.
Walaupun berstatus VIP, Najib tidak mendapat layanan istimewa dan dilayan sama seperti banduan lain yang tertakluk di bawah peraturan penjara.
“Sebagai seorang bekas pemimpin besar negara, sudah pasti kawalan akan diperketatkan bagi memastikan beliau berada dalam jagaan selamat di bawah Jabatan Penjara,” kata sumber itu dipetik.
Sumber itu juga berkata Najib, yang kini menghadiri perbicaraan rasuah 1MDB, tidak digari kerana tidak melakukan sebarang jenayah kekerasan.
“Gari hanya digunakan mengikut budi bicara penjara, berdasarkan alasan yang munasabah.
“Rutin yang dilakukan oleh Najib ini sama seperti banduan lain cuma yang membezakan adalah pengasingan antara Najib dan banduan lain ketika melakukan aktiviti berkenaan,” kata sumber.
Najib juga mendapat makanan yang sama seperti banduan lain dan jika beliau meminta diet khas ia terpulang kepada saranan pegawai perubatan atas alasan kesihatan.
“Pihak penjara tidak membenarkan keluarga membawa makanan kepada banduan apabila mereka melawat.
“Najib ada alahan kulit, kelmarin di mahkamah nampak bahagian leher Najib kemerah-merahan akibat alahan kulit selain badan susut sedikit.”
Sumber itu berkata Najib mempunyai alahan yang boleh menyebabkan beliau berhenti bernafas ketika tidur, jadi beliau perlu menggunakan mesin.
“Walaupun begitu, wayar untuk mesin itu terpaksa disambung,” kata sumber itu.
Najib berada di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan penyelewengan, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Demikianlah Artikel Najib Terpaksa Mandi Air Sejuk Saja Dipenjara..
Sekianlah artikel Najib Terpaksa Mandi Air Sejuk Saja Dipenjara.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Najib Terpaksa Mandi Air Sejuk Saja Dipenjara.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/09/najib-terpaksa-mandi-air-sejuk-saja.html