Apa Kaitan Tun Daim Dengan Coklat Daim?

Apa Kaitan Tun Daim Dengan Coklat Daim? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Apa Kaitan Tun Daim Dengan Coklat Daim?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Apa Kaitan Tun Daim Dengan Coklat Daim?
link : Apa Kaitan Tun Daim Dengan Coklat Daim?

Baca juga


Apa Kaitan Tun Daim Dengan Coklat Daim?

 


Ramai yang bertanya adakah ada kaitan antara Tun Daim Zainuddin dengan Coklat jenama Daim bila Bekas Menteri Kewangan itu mula dibicarakan semalam.

Jawapannya sila baca di bawah…

TUN DAIM ZAINUDDIN

Nama Tun Daim Zainuddin 'muncul' semula pada 2018 sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi dilantik menerajui pentadbiran Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).


Daim yang digelar 'orang kanan' Dr Mahathir membuat kemunculan semula dalam 'arena' politik dan pentadbiran negara apabila bekas Menteri Kewangan itu diberi tanggungjawab mengetuai Majlis Penasihat Kerajaan.

Daim yang menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991, dilapor bersara dari politik negara pada 2001 dan selepas itu 'kelibatnya' terus hilang apabila tidak lagi menonjolkan diri.

Bibit hubungannya dikatakan rapat dengan Dr Mahathir apabila pernah dilantik sebagai perunding perniagaan kepada Dr Mahathir yang ketika itu bergelar timbalan perdana menteri.

Kemudian, khidmat Daim terus mendapat kepercayaan apabila dilantik sebagai Senator dan kemudiannya Menteri Kewangan menggantikan Tengku Razaleigh Hamzah pada era Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri keempat.

Serupa seperti Dr Mahathir, Daim juga berasal dari Alor Setar, Kedah. Beliau dilahirkan pada 29 April 1938 serta anak bongsu daripada 13 beradik.

Bapanya bekerja sebagai kerani kerajaan, manakala ibunya seorang suri rumah.

Memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH), Kedah dan Institut St Xavier, Pulau Pinang.

Kemudiannya ke London untuk belajar undang-undang dan lulus ketika berusia 21 tahun. Sekembalinya ke Tanah Melayu (ketika itu) dia menjadi seorang pengamal undang - undang dan kemudiannya bekerja dengan kerajaan.

Pada akhir 60-an, dia bercadang untuk memulakan perniagaan. Tetapi usahanya gagal satu demi satu, namun kegagalan itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus meraih kejayaan.

Hari ini beliau adalah bekas Menteri Kewangan Malaysia dan semalam beliau telah diheret ke mahkamah atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta merangkumi 38 syarikat, 25 unit hartanah, tujuh kenderaan mewah, serta dua akaun dana pelaburan.

COKLAT DAIM

Coklat Daim asalnya dikenali sebagai Dajm di Sweden , dan di United Kingdom dan Republik Ireland sehingga 2005 dikenali sebagai Dime, ialah bar badam mentega rangup yang disaluti dengan coklat susu.


Jenama ini dimiliki oleh Kraft Foods, tetapi berasal dari Sweden dan Norway pada tahun 1953, yang dihasilkan oleh Marabou dan Freia.

Dajm telah diwujudkan selepas penyelidikan ke atas produk yang sama yang dihasilkan oleh Amerika syarikat Heath. Naib Presiden Marabou, Anderfelt Lars diminta untuk melesenkan produk Heath pada awal tahun 1950-an. Heath enggan, tetapi memberi senarai bahan-bahan untuk Anderfeldt.

Ia telah diuji di Stockholm pada tahun 1952 dengan jayanya, dan kemudian pada tahun 1953, ia telah dilancarkan di Sweden dan Norway, di Finland (1964) dan Denmark (1971).

Walaupun ia tidak tidak terdapat secara universal di Amerika Syarikat, Hershey menghasilkan produk yang sama yang dipanggil bar Markah.

Coklat Daim yang diimport dari Sweden (dikeluarkan di Upplands Väsby) yang dijual di serata Australia, Belgium, Kanada, China, Belanda, Perancis, Jerman, Greek, Hungary, Ireland, Itali, Poland, Portugis, Rusia dan Kedai IKEA Sepanyol. IKEA Amerika dan Eropah menghentikan produk ini pada tahun 2011.

Di Malaysia coklat jenama Daim dipasarkan oleh Mondelez Malaysia.

Walaupun coklat Daim dihasilkan di negara yang tidak memerlukan pensijilan halal, produk terbabit memenuhi piawaian pemakanan pengguna di seluruh dunia. Ianya diperbuat daripada bahan sesuai dan selamat dimakan masyarakat Islam.

KESIMPULANNYA.

Jadi.. walaupun mempunyai nama yang sama, Coklat Daim dan Tun Daim Zainuddin tidak ada kaitan langsung..

Harap maklum!


Demikianlah Artikel Apa Kaitan Tun Daim Dengan Coklat Daim?

Sekianlah artikel Apa Kaitan Tun Daim Dengan Coklat Daim? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Apa Kaitan Tun Daim Dengan Coklat Daim? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/apa-kaitan-tun-daim-dengan-coklat-daim.html

Subscribe to receive free email updates: