'Datuk' Dan 10 Lagi Didakwa Ahli Kumpulan Jenayah Terancang

'Datuk' Dan 10 Lagi Didakwa Ahli Kumpulan Jenayah Terancang - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Datuk' Dan 10 Lagi Didakwa Ahli Kumpulan Jenayah Terancang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Datuk' Dan 10 Lagi Didakwa Ahli Kumpulan Jenayah Terancang
link : 'Datuk' Dan 10 Lagi Didakwa Ahli Kumpulan Jenayah Terancang

Baca juga


'Datuk' Dan 10 Lagi Didakwa Ahli Kumpulan Jenayah Terancang

 


KOTA KINABALU: Seramai 11 individu termasuk seorang bergelar datuk didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, di sini, hari ini.

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kota Kinabalu mengikut kesalahan mengikut Seksyen 130 V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama.


Berdasarkan pertuduhan, masing-masing didakwa melakukan kesalahan bermula dari seawal 2015 hingga 24 Disember tahun lalu.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Bagaimanapun tiada pengakuan dirakam terhadap tertuduh, manakala sebutan semula ditetapkan pada 1 Mac ini sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Tertuduh terbabit ialah Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45,; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Datuk Maslan Sani, 41; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; dan Mahathir Jibarail, 49.


Pada 25 Disember lalu, polis menahan ahli perniagaan bergelar datuk yang mendalangi sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah menerusi siri serbuan yang dilakukan polis Bukit Aman.

Lelaki berusia 41 tahun itu turut menaungi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi kegiatan haramnya sejak 2015.

Sindiket berkenaan juga dikesan melakukan pengubahan wang haram melalui pelbagai perniagaan mewah yang dijalankan ahli sindiketnya termasuk syarikat minyak dan gas serta rangkaian restoran.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sebelum ini berkata, ketua sindiket itu antara 10 individu ditahan JSJN Bukit Aman dan pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam serbuan di Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna pada jam 2.30 pagi.

Beliau berkata, sejak penahanan ketua dan anggota sindiket itu, polis merampas pelbagai aset antaranya 22 akaun bank dengan simpanan berjumlah RM420,000 yang dibekukan, 18 kenderaan mewah bernilai RM6.6 juta, barang kemas dan jam tangan bernilai kira-kira RM100,000 serta wang tunai RM35,000 - BH


Demikianlah Artikel 'Datuk' Dan 10 Lagi Didakwa Ahli Kumpulan Jenayah Terancang

Sekianlah artikel 'Datuk' Dan 10 Lagi Didakwa Ahli Kumpulan Jenayah Terancang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Datuk' Dan 10 Lagi Didakwa Ahli Kumpulan Jenayah Terancang dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/datuk-dan-10-lagi-didakwa-ahli-kumpulan.html

Subscribe to receive free email updates: