Tentera Upahan Malaysia Turut Berperang Di Ukraine?

Tentera Upahan Malaysia Turut Berperang Di Ukraine? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tentera Upahan Malaysia Turut Berperang Di Ukraine?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tentera Upahan Malaysia Turut Berperang Di Ukraine?
link : Tentera Upahan Malaysia Turut Berperang Di Ukraine?

Baca juga


Tentera Upahan Malaysia Turut Berperang Di Ukraine?

 

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia didakwa antara askar upahan yang berperang bersama tentera Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine, menurut satu laporan tentera Ukraine.

Tentera Rusia dan sekutunya kini menguasai sebahagian besar Donetsk sejak 2014, selepas protes demokrasi besar-besaran di negara itu membawa kepada konflik perang saudara.


“Rusia terus mengambil tentera upahan dari beberapa negara di seluruh dunia untuk meneruskan dasar keganasan mereka,” kata notis ringkas oleh Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine.

“Askar upahan dari Malaysia ditemani penterjemah, termasuk bekas anggota kumpulan Wagner dilihat di wilayah Donetsk yang dikuasai Rusia.

“Pejuang itu ketika ini sedang menjalani latihan. Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan memberi amaran sesiapa bersama Rusia menentang Ukraine adalah sasaran ketenteraan.”

Pejuang dari Cuba, Nepal, Belarus dan Serbia antara kumpulan yang sering dilihat sebagai “anggota angkatan bersenjata Rusia”.


Menurut laman sesawang Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine, kumpulan itu ditubuhkan oleh Pasukan Operasi Khas Ukraine untuk melatih, mengkordinasi dan merancang gerakan terhadap penjajahan di negara itu.

Kumpulan bersenjata yang mempunyai hubungan dengan tentera Rusia seperti kumpulan Wagner dilaporkan aktif di Ukraine dan dituduh terbabit dengan banyak pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

FMT menghubungi Wisma Putra untuk mendapatkan komen mengenai laporan itu.


Demikianlah Artikel Tentera Upahan Malaysia Turut Berperang Di Ukraine?

Sekianlah artikel Tentera Upahan Malaysia Turut Berperang Di Ukraine? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tentera Upahan Malaysia Turut Berperang Di Ukraine? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/tentera-upahan-malaysia-turut-berperang.html

Subscribe to receive free email updates: