Polis tak benar demo di Dataran, tiada kompromi

Polis tak benar demo di Dataran, tiada kompromi - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis tak benar demo di Dataran, tiada kompromi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis tak benar demo di Dataran, tiada kompromi
link : Polis tak benar demo di Dataran, tiada kompromi

Baca juga


Polis tak benar demo di Dataran, tiada kompromi

Shakira Buang


Polis tidak akan berkompromi dengan pihak yang ingkar dengan larangan mengadakan perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos di Dataran Merdeka, kata ketua polis negara.

Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan bahawa tiada kebenaran diberikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk penggunaan tempat itu.

“Tapi kalau dah tuan punya tempat tak bagi janganlah buat.

“(Perkara) ini macam rumah orang (kita) nak masuklah. Kalau orang tak bagi, tapi kita nak masuk juga, jadi akan ambil tindakan,” tegas Khalid kepada pemberita.

Khalid berkata penganjur perlu mencari tempat lain dan polis akan mempertimbangkan kelulusan walaupun tempoh notis mungkin tidak cukup.

“Walaupun tempoh masa itu dah suntuk, dia kena mohon 10 hari sebelum perhimpunan tetapi tempat yang diminta bersesuaian kita boleh pertimbangkan.

Terdahulu Khalid menyempurnakan pemakaian lencana pangkat pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ibu pejabat polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Khalid berkata pihaknya juga tidak teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas pihak yang terlibat.

“Saya sudah bercakap bahawa perhimpunan aman boleh djalankan tetapi mesti ikut Akta Perhimpunan Aman.

“Kalau ingkar bersedia hadapi tindakan undang-undang. Jadi saya nasihatkan penganjur dia kalau kalau dah bersedia untuk menerima tindakan undang-undang, buatlah,” tegas Khalid.

Malaysiakini semalam melaporkan DBKL tidak mungkin membenarkan aktivis pelajar untuk menganjurkan perhimpunan #TangkapMO1.

Datuk Bandar Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz sebaliknya mencadangkan kumpulan pelajar itu mengadakannya di Padang Merbok.

Perhimpunan anjuran kumpulan belia dan pelajar itu bertujuan mendesak pihak berkuasa mengenal pasti dan mengambil tindakan terhadap Malaysian Official 1 atau MO1.

MO1 disebut 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mendapatkan balik hampir AS$1 bilion aset yang dikaitkan dengan 1MDB.

Perhimpunan ini disokong oleh parti-parti pembangkang dan gabungan prereformasi sistem pilihan raya BERSIH.



Demikianlah Artikel Polis tak benar demo di Dataran, tiada kompromi

Sekianlah artikel Polis tak benar demo di Dataran, tiada kompromi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis tak benar demo di Dataran, tiada kompromi dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/polis-tak-benar-demo-di-dataran-tiada.html

Subscribe to receive free email updates: