The Malaysian Insider Kembali?.. Betul Ke?

The Malaysian Insider Kembali?.. Betul Ke? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul The Malaysian Insider Kembali?.. Betul Ke?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : The Malaysian Insider Kembali?.. Betul Ke?
link : The Malaysian Insider Kembali?.. Betul Ke?

Baca juga


The Malaysian Insider Kembali?.. Betul Ke?


Sebuah posting di media sosial yang mendakwa portal berita The Malaysian Insider (TMI) akan kembali disangkal bekas editornya hari ini sebagai palsu.

“Semua orang sedang berkongsi dalam Twitter dan Facebook tetapi ini tidak ada kena mengena dengan saya,” kata Jahabar Sadiq, menafikan berita portal itu akan kembali selepas 5 bulan ditamatkan pemiliknya, The Edge Media Group.

“The Malaysian Insider sudah meninggal dunia pada 15.3.2016,” tulis Jahabar, yang turut mengesahkan ia palsu ketika dihubungi FMT.

Katanya, jenama TMI merupakan milik The Edge Media Group, yang mengambil alih portal itu pada 2014. Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media, Ho Kay Tat, turut menafikan posting tersebut.

“Kami bukan pihak di sebalik (posting itu),” katanya kepada FMT.

Jahabar menjelaskan beliau tidak mengenali mana-mana pihak yang akan menghidupkan kembali TMI dengan menggunakan nama dan gaya sama.

“Sesiapa yang berbuat demikian menipu anda,” jelas Jahabar. Orang ramai akan dimaklumkan sekiranya portal itu dihidupkan semula, kata Jahabar, sebelum berseloroh: “Majulah Sukan Untuk Negara”.

Bagaimanapun, pengumuman palsu itu rancak dikongsi termasuk oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

“The Malaysian Insider akan kembali! Tak sabar!” tulis Pua dalam Facebook.

TMI ditamatkan secara tiba-tiba pada 15 Mac lalu selepas beroperasi lebih 8 tahun. The Edge Media Group mendakwa ia kerugian hampir RM10 juta dalam tempoh 2 tahun memiliki portal itu.

Lebih 60 kakitangan TMI yang pernah menjadi portal dwibahasa paling banyak dilawati di Malaysia itu turut kehilangan kerja.

Tiga minggu sebelum itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak menghalang akses TMI selepas menuduh portal itu ancaman terhadap keselamatan negara.

TMI sebelum itu melaporkan pelbagai pendedahan mengenai syarikat milik negara 1MDB, dan pengarang serta wartawannya beberapa kali disoal siasat polis dan SKMM lapor FMT





Demikianlah Artikel The Malaysian Insider Kembali?.. Betul Ke?

Sekianlah artikel The Malaysian Insider Kembali?.. Betul Ke? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel The Malaysian Insider Kembali?.. Betul Ke? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/the-malaysian-insider-kembali-betul-ke.html

Subscribe to receive free email updates: