Judul : 'UCAPAN MUHYIDDIN PALING BURUK' KATA KIT SIANG DAP
link : 'UCAPAN MUHYIDDIN PALING BURUK' KATA KIT SIANG DAP
'UCAPAN MUHYIDDIN PALING BURUK' KATA KIT SIANG DAP
Nampaknya, kita semakin dihidangkan dengan sikap hipoktit melampau ahli politik parti baharu Mahathir-Muhyiddin.Yang terbaru ialah laporan bahawa 'Muhyiddin Yassin kesal kerana DAP dituduh sebagai sebuah parti anti-Melayu'.
MiM tidak pasti sama ada Muhyiddin Yassin sengaja memperbodoh-bodohkan diri beliau atau termasuk dalam golongan 'mudah lupa' yang terlupa dengan pendirian dan kenyataan yang dibuat oleh mereka sebelum ini.
MiM berkata demikian kerana sebelum ini, Muhyiddin Yassin telah berucap bahawa orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah PENGKHIANAT BANGSA dan DAP hanya mahukan si Melayu menjadi kuda tunggangan yang kerjanya menjaga kepentingan cauvinis DAP sahaja.
Muhyiddin juga mengaku bahawa:
1. DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.Muhyiddin juga berkata, agenda parti DAP yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam. Orang Melayu juga mesti berwaspada dan jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP, kata beliau.
2. Kemenangan DAP di Pulau Pinang serta mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada PARTI PALING RASIS ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau.
3. DAP langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.
4. DAP semakin ghairah menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama apabila umat Islam semakin nyaring suara membela kesucian agama.
5. DAP tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja.
Muhyiddin mengaku supaya janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol, janganlah jadi seperti tikus membaiki labu, janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai, janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur.
Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya dan DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera, tambah Muhyiddin.
Lim Kit Siang berkata bahawa kenyataan Muhyiddin Yassin ini adalah “ibu kepada segala fitnah, pembohongan dan perkauman".
Seriously ?!!?
Dimanakah maruah dan prinsip asas Muhyiddin Yassin dan apa mungkin beliau adalah juga kaki fitnah dan pembohong besar ?
Dan dimanakah rasionalnya untuk sesiapa pun menyokong ahli politik yang menjilat balik ludahnya dan tidak berpegang kepada prinsip-prinsipnya sendiri?
Sungguh memalukan!
Demikianlah Artikel 'UCAPAN MUHYIDDIN PALING BURUK' KATA KIT SIANG DAP
Sekianlah artikel 'UCAPAN MUHYIDDIN PALING BURUK' KATA KIT SIANG DAP kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 'UCAPAN MUHYIDDIN PALING BURUK' KATA KIT SIANG DAP dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/08/ucapan-muhyiddin-paling-buruk-kata-kit.html