Halau wartawan: NUJ mahu MB, Umno Pahang mohon maaf

Halau wartawan: NUJ mahu MB, Umno Pahang mohon maaf - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Halau wartawan: NUJ mahu MB, Umno Pahang mohon maaf, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Halau wartawan: NUJ mahu MB, Umno Pahang mohon maaf
link : Halau wartawan: NUJ mahu MB, Umno Pahang mohon maaf

Baca juga


Halau wartawan: NUJ mahu MB, Umno Pahang mohon maaf

MALAYSIAKINI



Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Malaysia, Mohd Taufek Razak melahirkan kekesalan berhubung insiden membabitkan Menteri Besar Pahang dan Umno negeri itu yang langsung tidak menunjukkan kematangan dalam menghormati tugas wartawan dengan menghalang mereka daripada membuat liputan konvensyen Umno.

"Ini bukan kali pertama insiden seumpama ini berlaku di negeri itu namun kali ini keadaannya lebih memalukan kerana membabitkan bukan sahaja individu yang sama malah turut mengheret parti politik yang diketuai dan diwakilinya untuk bersama-sama bertindak secara tidak bertamadun.

"Wartawan bukan insan yang ditugaskan semata-mata untuk menerima penghinaan seperti ini kerana setiap tugasan yang diberi adalah mengikut arahan ketua mereka dan jemputan yang diterima daripada penganjur.

"Peliknya Umno Pahang mahu pun setiausaha akhbar menteri besar Pahang sendiri telah menjemput media untuk membuat liputan Konvensyen Umno tersebut tetapi kemudiannya bertindak menghalau mereka pula pulang," kata Mohd Taufek dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, sekiranya tidak berpuas hati dengan mana-mana akhbar atau media sekalipun, jangan menjadikan golongan wartawan yang turun membuat liputan sebagai mangsa melepaskan geram atau rasa tidak puas hati.

"Ia seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar.

"NUJ secara terbuka menganggap tindakan menteri besar Pahang dan Umno Pahang menghalau keluar wartawan daripada majlis mereka sebagai tindakan yang cukup tidak profesional dan membelakangkan prinsip saling memerlukan antara satu sama lain.

"Jika tidak puas hati dengan akhbar atau media atau editornya, gunakan saluran perundingan yang lebih bermaruah berbanding menjadikan wartawan yang hanya menjalankan tugas dan arahan ketua mereka sebagai mangsa," jelasnya lagi.

Sehubungan itu, NUJ menuntut Menteri Besar Pahang dan Umno Pahang yang bersikap seperti kebudak-budakan ini supaya mengeluarkan kenyataan permohonan maaf, tambahnya.

Ini penting bagi menjernihkan kembali keadaan dan hubungan antara media, kenyataan permohonan maaf bagi menjernihkan kembali keadaan dan hubungan antara media, menteri besar dan Umno Pahang, ujar beliau.




Demikianlah Artikel Halau wartawan: NUJ mahu MB, Umno Pahang mohon maaf

Sekianlah artikel Halau wartawan: NUJ mahu MB, Umno Pahang mohon maaf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Halau wartawan: NUJ mahu MB, Umno Pahang mohon maaf dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2016/11/halau-wartawan-nuj-mahu-mb-umno-pahang.html

Subscribe to receive free email updates: