Tian Chua masih ahli Parlimen, layak tanding PRU14 - Naser Disa

Tian Chua masih ahli Parlimen, layak tanding PRU14 - Naser Disa - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tian Chua masih ahli Parlimen, layak tanding PRU14 - Naser Disa, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tian Chua masih ahli Parlimen, layak tanding PRU14 - Naser Disa
link : Tian Chua masih ahli Parlimen, layak tanding PRU14 - Naser Disa

Baca juga


Tian Chua masih ahli Parlimen, layak tanding PRU14 - Naser Disa

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Tian Chua masih kekal sebagai Ahli Parlimen Batu dan masih layak untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang meskipun mahkamah hari ini mendapati beliau bersalah kerana menghina kehormatan seorang anggota polis.
Pakar undang-undang, Datuk Prof Mahamad Naser Disa berkata status dan kelayakan itu masih kekal memandangkan Tian sedang merayu keputusan berkenaan, apatah lagi proses itu mungkin mengambil masa yang panjang.
"Kekal (sebagai ahli parlimen), tiada apa-apa (masalah) sebab dia masih hendak merayu," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Naser yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) memaklumkan proses rayuan bagi sesuatu kes tidak tertakluk kepada tempoh tertentu.
"Boleh bertanding lagi sehingga (proses) rayuan selesai. Selepas Mahkamah Seksyen, dia akan merayu ke Mahkamah Tinggi kemudian merayu ke Mahkamah Rayuan.
"Ada dua kali rayuan dan tiada tempoh tetap. Itu bergantung. Terserah kepada mahkamah. Jika kawasan (mahkamah) yang dibicarakan itu sibuk, lagi lambat ," tambahnya lagi.
Tian, menurut Naser hanya akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen sekiranya proses rayuan dan pengampunan yang dikemukakannya gagal.
Terdahulu Mahkamah Seksyen Petaling Jaya hari ini menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atas kesalahan menghina kehormatan anggota polis, dalam kejadian yang berlaku pada April 2014.
Hakim, Yasmin Abdul Razak berkata pihak pendakwa berjaya membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah.
Menerusi peruntukan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, seseorang pesalah boleh dikenakan hukuman penjara selama lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Status Tian sebagai Ahli Parlimen Batu mula dipersoal kerana seseorang wakil rakyat yang dikenakan denda melebihi RM2,000 atau dipenjara tidak kurang setahun boleh hilang kelayakan mengikut Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan.
Sebagaimana menurut Latheefa Koya, peguam yang mewakili Tian, pihaknya dalam pertimbangan mengemukakan rayuan, selain mahu memohon mahkamah membatalkan sabitan tersebut, atau mengurangkan hukuman.
Pemimpin PKR itu juga 'komited' menjalankan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat dan kesalahan itu tidak menghalangnya untuk memperjuangkan reformasi dan keadilan.


Demikianlah Artikel Tian Chua masih ahli Parlimen, layak tanding PRU14 - Naser Disa

Sekianlah artikel Tian Chua masih ahli Parlimen, layak tanding PRU14 - Naser Disa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tian Chua masih ahli Parlimen, layak tanding PRU14 - Naser Disa dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/03/tian-chua-masih-ahli-parlimen-layak.html

Subscribe to receive free email updates: