Judul : Geng 24: Polis tahan tiga pelajar
link : Geng 24: Polis tahan tiga pelajar
Geng 24: Polis tahan tiga pelajar
SELANGOR KINISHAH ALAM: Polis menahan tiga pelajar sekolah yang dipercayai terlibat dalam kegiatan kumpulan kongsi gelap Geng 24 di Klang, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat berkata, pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu ditahan dalam Op Cantas bagi mengesan baki Geng 24, pada jam 12.40 tengah hari di perkarangan sekolah mereka.
“Perintah reman tiga hari dikeluarkan bermula hari ini terhadap mereka dan usaha mengesan ketua atau dalang utama geng kongsi gelap itu giat dilakukan polis,” katanya lapor BERNAMA.
Fadzil berkata, tangkapan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan individu yang diberkas polis berkaitan kumpulan kongsi gelap berkenaan ialah 41 orang.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
Pada 20 April lalu, dua video memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai anggota Geng 24 menimbulkan kekecohan di luar sebuah sekolah di Klang menjadi tular dalam media sosial.
Susulan itu, polis membuat beberapa siri tangkapan bermula 21 April lepas bagi menjejaki anggota geng kongsi gelap berkenaan.
Demikianlah Artikel Geng 24: Polis tahan tiga pelajar
Sekianlah artikel Geng 24: Polis tahan tiga pelajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Geng 24: Polis tahan tiga pelajar dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/geng-24-polis-tahan-tiga-pelajar.html