Judul : Kalaulah Pilihan Raya Ramadhan Ini...
link : Kalaulah Pilihan Raya Ramadhan Ini...
Kalaulah Pilihan Raya Ramadhan Ini...
Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan bimbang sentimen agama akan digunakan secara meluas oleh Umno-BN dalam kempen pilihan rayanya jika pembuangan undi berlangsung pada bulan Ramadan.
"Kemudahan surau dan masjid akan digunakan Umno-BN yang berkuasa untuk membuat 'kempen tazkirah' atas nama agama dan bangsa untuk memburukkan parti lawan ketika lawannya tidak dibenarkan menggunakan kemudahan atau premis tersebut.
"BN selaku kerajaan peralihan dalam pilihan raya akan mengambil kesempatan di atas kuasa dan kemudahan jentera yang besar serta lengkap.
"Propaganda Umno-BN dalam memburukkan Pakatan Harapan melalui medium sedia ada akan lebih mudah, pantas, meluas untuk membohongi rakyat akan realiti sebenar yang dialami," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangkakan sesetengah pihak akan dilakukan pada bulan Ramadan iaitu akhir Mei depan.
Mengulas lanjut, beliau berkata paling ketara Umno-BN akan mengambil kesempatan dengan musim ibadat masyarakat Islam itu dengan menyasarkan kelompok pengundi Melayu di lokasi luar bandar.
"Atas nama 'sumbangan Ramadan kepada asnaf', Umno-BN akan mengeksploitasi segala jentera kerajaan melalui mana-mana jabatan kerajaan seperti Majlis Agama dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).
"Program sumbangan untuk asnaf tentunya akan lebih rancak dan besar-besaran di kawasan Felda dan luar bandar yang sasarannya adalah pengundi Melayu," tegasnya.
Pada masa sama, pemilihan PRU14 pada bulan Ramadan dikhuatiri akan menjejaskan peluang untuk pengundi luar pulang ke kampung masing-masing ekoran langkah penjimatan kos.
"Umno-BN mengambil kesempatan dengan menghalang pengundi luar dari balik mengundi memandangkan tidak lama selepas itu menyambut Hari Raya Puasa.
"Balik hanya untuk mengundi hanya akan membebankan mereka ketika kos sara hidup sedia ada sudah melambung," jelasnya.
Sehubungan itu, Aminolhuda menyifatkan Ramadan adalah tempoh ibadat umat Islam yang tidak harus dicemarkan dengan dengan kempen pilihan raya.
"Ramadan sepatutnya bulan untuk mengukuhkan silaturahim sesama umat bukan masa yang sesuai untuk pilihan raya," tegasnya lagi.
Najib Razak yang juga Presiden Umno sepanjang bulan ini dilihat mengumumkan pelbagai agihan peruntukan puluhan juta ringgit kepada segenap segmen masyarakat sekaligus menandakan PRU14 bakal berlangsung dalam tempoh terdekat.
Pada 25 April lalu, Najib mengumumkan dana sebanyak RM80 juta kepada Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR), sekolah pondok dan institusi tahfiz berdaftar dengan paling banyak di Kelantan mencecah RM20.9 juta.
Dua hari sebelum itu, Najib melancarkan Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dengan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi skim dana saham di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta menubuhkan dana pusingan berjumlah RM500 juta bagi memenuhi keperluan pinjaman perniagaan kaum itu.
Pada 19 April pula, beliau melancarkan Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera 2.0 pada 19 April yang dinamakannya sebagai Transformasi Kesejahteraan Bumiputera (TKB) dengan rangkuman lima teras utama.
Sepanjang bulan ini juga menyaksikan Najib turut menyerahkan kunci Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) Residensi Pandanmas kepada 700 pemilik unit kediaman berkenaan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur selain menziarahi pesakit terlantar di Parlimen Pekan yang dikuasainya.
Sementara itu, pada 29 Mac lalu Najib melancarkan buletin berita dalam talian, e-Rakyat dalam enam bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Tamil, Kadazan dan Iban.yang dilihat sebagai saluran propaganda BN untuk mengupas isu-isu semasa dan penerangan projek yang dijalankan.
Demikianlah Artikel Kalaulah Pilihan Raya Ramadhan Ini...
Sekianlah artikel Kalaulah Pilihan Raya Ramadhan Ini... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kalaulah Pilihan Raya Ramadhan Ini... dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/kalaulah-pilihan-raya-ramadhan-ini.html