Judul : Muhasabahlah ya Syeikh !!
link : Muhasabahlah ya Syeikh !!
Muhasabahlah ya Syeikh !!
Malaysiakini melaporkan ucapan Hj Hadi di Rusila malam tadi, Abdul Hadi berkata, Singapura adalah "bapa DAP" dan di negara berkenaan parti yang memerintah ialah PAP (Parti Tindakan Rakyat).
"Dulu (semasa) Singapura dalam Malaysia, ada cawangan PAP di Malaysia. Bila Singapura keluar daripada Malaysia, PAP tukar jadi DAP.
"Jadi DAP ini anak butir taik PAP. (Saya) sebut dengan bahasa yang kasar sikit, ini dia," katanya di majlis ceramah perdana sempena kejayaan pembentangan rang undang-undang meminda Akta 355 (RUU355). Baca seterusnya di sini
Kenapalah Tok Lebai Marang ni marah sangat dengan DAP? Sampai sebut perkataan yang sangat jijik yang kita sendiri tak tergamak nak sebut!
Mulut seseorang yang rajin berzikir dengan menyebut kalimat-kalimat yang mulia lagi suci tidak selayaknya mengucapkan kalimat-kalimat yang jelik dan jengkel.
Masya' Allah... sangat buruk akhlak yang dipertontonkan kepada ramai, apatah lagi kepada yang non-Islam.
Walhalnya DAP tidak bantah pindaan Akta RUU355 yang Tok Lebai tu baca diparlimen.
Ini dinyatakan sendiri oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dengan katanya :
"DAP dakwa mereka bantah RUU tetapi menurut Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, Pakatan Harapan nampaknya tidak membantah RUU tersebut.Apakah kerana karikatur yang disiarkan akhbar yang Nanyang Siang... maka Tok Lebai Marang ingat akhbar tu ada kaitan dengan Lim Kit Siang? Kah! Kah! Kah!
"Sebagai parti terbesar di dalam Pakatan Harapan, DAP tidak bantah RUU?" soal Ka Siong. Baca di sini
Kenapa nak marah DAP pula , akhbar tu milik MCA, rakan kongsi Umno yang Pas memang sokong!
Malulah dengan orang bukan-Islam kalau beginilah akhlak seorang ulama apa lagi apabila seorang yang diberi gelar Tuan Guru tapi memaparkan akhlk yang sangat buruk.
Waima Islam telah mengatur segala sendi kehidupan, termasuk larangan mencaci maki, mengolok-olok, menghina dengan panggilan yang jelik.
يٰۤاَيُّهَا الَّذِيۡنَ اٰمَنُوۡا لَا يَسۡخَرۡ قَوۡمٌ مِّنۡ قَوۡمٍ عَسٰٓى اَنۡ يَّكُوۡنُوۡا خَيۡرًا مِّنۡهُمۡ وَلَا نِسَآءٌ مِّنۡ نِّسَآءٍ عَسٰٓى اَنۡ يَّكُنَّ خَيۡرًا مِّنۡهُنَّۚ وَلَا تَلۡمِزُوۡۤا اَنۡفُسَكُمۡ وَلَا تَنَابَزُوۡا بِالۡاَلۡقَابِؕ بِئۡسَ الِاسۡمُ الۡفُسُوۡقُ بَعۡدَ الۡاِيۡمَانِ ۚ وَمَنۡ لَّمۡ يَتُبۡ فَاُولٰٓٮِٕكَ هُمُ الظّٰلِمُوۡنَ
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al-Hujuraat 49:11)
Lukisan tidak mempunyai tulisan. Kalau pelukis itu mahu menceritakan tentang seseorang, dia akan melukis apa yang menjadi ciri-ciri seseorang itu.
Ketika Zunar melukis gambar Tun M dulu, dia melukis gambar Tun M dengan memiliki hidung yang besar kerana itu adalah ciri-ciri yang mudah untuk orang mengenalinya. Dan tatkala beliau ingin menggambarkan kezaliman Tun M pada zaman pemerintahannya, maka Zunar memaparkan ciri-ciri Firaun di dalam lukisannya.
Aku tidak rasa Nanyang berniat menghina sunnah Nabi melalui lelaki berserban di dalam lukisan itu. Aku rasa mereka cuba menggambarkan bahawa lelaki itu ialah Ustaz Hadi atau parti PAS kerana serban adalah ciri-ciri paling hampir untuk mereka memberitahu siapakah orang atau parti politik yang mereka maksudkan di dalam lukisan tersebut.
Aku pun tidak setuju dengan lukisan tersebut, tetapi inilah kesan langsung kepada pejuang Islam atau parti politik Islam apabila mereka gagal menunjukkan akhlak Islam kepada masyarakat.
Yang mereka ingin kritik adalah individu atau parti politik Islam tersebut, tetapi akhirnya agama Islam yang seolah-olahnya dihina.
Sebab itu Nabi melarang umatnya mereka-reka cerita atas nama Nabi bahawa kononnya riwayat itu dari Nabi kerana dibimbangi kesannya akan terpalit kepada agama Islam itu sendiri.
Sebab itu, tatkala kamu membawa imej Islam di dalam diri kamu dan parti kamu, maka jagalah akhlak kamu, percakapan kamu, perbuatan kamu dan politik kamu.
Apabila kamu menunjukkan akhlak dan perbuatan yang tidak baik kepada orang lain, maka imej Islam yang kamu bawa bersama pada diri kamu dan parti kamu akan turut terdedah kepada penghinaan dan cacian orang lain.
Lukisan dalam Nanyang adalah salah satu contoh bagaimana akhirnya agama Islam turut terpalit dek sikap kamu yang tidak betul itu. Yang ingin digambarkan di dalam lukisan itu adalah kamu dan parti kamu, tetapi agama Islam yang busuk.
Muhasabahlah ya Syeikh !!
Demikianlah Artikel Muhasabahlah ya Syeikh !!
Sekianlah artikel Muhasabahlah ya Syeikh !! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Muhasabahlah ya Syeikh !! dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/muhasabahlah-ya-syeikh.html