Skandal Tanah Pulau Pinang: Datuk Seri Mana SPRM Cekup Ni?

Skandal Tanah Pulau Pinang: Datuk Seri Mana SPRM Cekup Ni? - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal Tanah Pulau Pinang: Datuk Seri Mana SPRM Cekup Ni?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal Tanah Pulau Pinang: Datuk Seri Mana SPRM Cekup Ni?
link : Skandal Tanah Pulau Pinang: Datuk Seri Mana SPRM Cekup Ni?

Baca juga


Skandal Tanah Pulau Pinang: Datuk Seri Mana SPRM Cekup Ni?


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang Datuk Seri dan anaknya bergelar Datuk bagi membantu siasatan skandal tanah yang melibatkan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.

SPRM dalam satu kenyataan berkata kedua-dua mereka berusia 74 dan 47 tahun itu mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang yang turut disenaraikan di Bursa Malaysia. Menurut kenyataan itu, mereka ditahan kira-kira pukul 7 malam, masing-masing di Pejabat SPRM Pulau Pinang dan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. "Kedua-dua suspek tersebut dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka dan menjual tanah milik anak syarikat yayasan tersebut tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal. "Perbuatan mereka dipercayai telah mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan tersebut sejak beberapa tahun lepas," kata kenyataan itu. Menurut kenyataan itu, tangkapan berkenaan merupakan susulan daripada siasatan SPRM yang telah menangkap seorang pemegang amanah yayasan tersebut di Pulau Pinang pada 29 Mac lepas kerana disyaki telah menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan diri sendiri. Syarikat pemaju hartanah yang berpangkalan di Georgetown itu didapati telah membangunkan beberapa hartanah di sekitar Pulau Pinang termasuk di bandar Kepala Batas dan Tanjung Bungah, kata kenyataan itu. Kedua-dua mereka merupakan pemegang jawatan syarikat itu masing-masing sebagai penasihat dan pengarah urusan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi berkata kedua-duanya dijangka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown esok untuk direman. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.


Demikianlah Artikel Skandal Tanah Pulau Pinang: Datuk Seri Mana SPRM Cekup Ni?

Sekianlah artikel Skandal Tanah Pulau Pinang: Datuk Seri Mana SPRM Cekup Ni? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal Tanah Pulau Pinang: Datuk Seri Mana SPRM Cekup Ni? dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/04/skandal-tanah-pulau-pinang-datuk-seri.html

Subscribe to receive free email updates: