Judul : Berdosakah Hadi hadir program kerajaan, soal Idris
link : Berdosakah Hadi hadir program kerajaan, soal Idris
Berdosakah Hadi hadir program kerajaan, soal Idris
MALAYSIAKINISemua perkara menjadi tidak kena apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir dalam program kerajaan walaupun bukan anjuran Umno, kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad.
"Salahkah PAS, berdosakah PAS yang hadir dalam program anjuran kerajaan. Salahkah PAS mengambil pendekatan politik matang dan sejahtera untuk bersama agensi kerajaan, bukan program parti," katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.
Beliau merujuk kehadiran Presiden PAS sebagai tetamu kehormat majlis rasmi kerajaan yang diadakan di Marang, Terengganu pada Khamis lalu.
Dalam majlis berkenaan, Hadi menjadi sebahagian daripada tokoh yang menjayakan sidang media bersama pemimpin kanan Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, serta beberapa pegawai kanan Jabatan Perikanan Malaysia serta Petronas.
Menurut Idris, PAS terus dilabel mahu mewujudkan kerajaan perpaduan (UG) dengan Umno sejak 2008.
"Ertinya semua pemimpin PAS tidak boleh, mereka (Pakatan Harapan) boleh. Kalau mereka buat, ini "engagement". Kalau PAS buat dilabel UG. Yang paling lucu, ada yang mengatakan pemimpin PAS akan disambar oleh api neraka kerana sepentas dengan pemimpin umno.
"Mereka membaca ayat al-Quran bermaksud, "Jangan kamu condong kepada kezaliman, maka kamu akan disentuh oleh api neraka"," kata Idris.
Idris yang juga anggota parlimen Bukit Gantang berkata, PAS tidak pernah cemburu sekiranya ada dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan bertemu pemimpin Umno sebelum ini.
"Malahan kita tahu ada pertemuan di London satu masa ketika dahulu bersama dengan pimpinan tertinggi Umno. Malah hendak ajak Tuan Guru Haji Hadi bersama di dalam pertemuan tersebut, tetapi beliau tidak pergi, kalau tidak nahaslah.
"PAS tidak ambil kisah hal pertemuan itu, kerana kita faham ini pertemuan biasa. Almaklumlah, kita rai kerana mereka masih ada DNA dengan Umno sebelumnya," katanya merujuk dakwaan pertemuan sulit antara pemimpin PKR dan Umno, empat tahun lalu.
Penulis blog kontroversi, Raja Petra Kamarudin pada 2014 mendakwa pertemuan tersebut berlaku pada cuti Krismas di London pada penghujung 2013.
Beliau memetik Setiausaha Agung PKR ketika itu, Datuk Saifuddin Nasution dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, antara yang terlibat dalam pertemua tersebut susulan tawaran konsesus nasional yang dibuat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Umno.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata selain Zahid, beliau memang biasa bertemu pemimpin Umno ketika itu, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein kerana mereka adalah 'rakan-rakannya'.
Demikianlah Artikel Berdosakah Hadi hadir program kerajaan, soal Idris
Sekianlah artikel Berdosakah Hadi hadir program kerajaan, soal Idris kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Berdosakah Hadi hadir program kerajaan, soal Idris dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/berdosakah-hadi-hadir-program-kerajaan.html