Judul : Kerajaan Selangor stabil, tiada pilihan raya awal
link : Kerajaan Selangor stabil, tiada pilihan raya awal
Kerajaan Selangor stabil, tiada pilihan raya awal
OLEH HAFIZAN TAIBPETALING JAYA: Tiada pilihan raya awal di Selangor ekoran Kerajaan Negeri sedia ada berada dalam kedudukan kukuh dan stabil, kata Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.
Dato’ Menteri Besar itu berkata, pentadbiran Kerajaan Negeri akan berfungsi seperti sedia kala dengan agenda Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) menjadi keutamaan.
“Tiada keperluan bagi pembubaran Dewan Negeri Selangor (DNS) dan mengadakan pilihan raya awal kerana pentadbiran Kerajaan Negeri begitu stabil, solid dan berpadu tenaga.
“Kita akan terus fokus untuk pembangunan rakyat,” katanya kepada media selepas majlis Karnival IPR di Pasaraya Giant, Kota Damansara, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, apa dinyatakan dalam ucapannya pada majlis itu adalah berdasarkan laporan media yang membayangkan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kemungkinan diadakan kira-kira tiga bulan dari sekarang.
Dalam ucapannya, Timbalan Presiden KEADILAN itu meminta rakyat “tunggu lagi tiga bulan” supaya memberi mandat kepada Pakatan Harapan (PAKATAN) untuk mengambil alih pentadbiran negara di Putrajaya.
“Itu saya dapat daripada media. Media kata PRU pada September, maka kita perlu bersiap sedia.
“Kita bersedia terhadap sebarang kemungkinan,” katanya.
Demikianlah Artikel Kerajaan Selangor stabil, tiada pilihan raya awal
Sekianlah artikel Kerajaan Selangor stabil, tiada pilihan raya awal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kerajaan Selangor stabil, tiada pilihan raya awal dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/kerajaan-selangor-stabil-tiada-pilihan.html