PKR Terengganu bantah SPR larang edar Rang Daftar Pemilih

PKR Terengganu bantah SPR larang edar Rang Daftar Pemilih - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKR Terengganu bantah SPR larang edar Rang Daftar Pemilih, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKR Terengganu bantah SPR larang edar Rang Daftar Pemilih
link : PKR Terengganu bantah SPR larang edar Rang Daftar Pemilih

Baca juga


PKR Terengganu bantah SPR larang edar Rang Daftar Pemilih

MALAYSIA DATELINE

Azan bersama beberapa ahli PKR Kuala Terengganu mengadakan sidang media membantah SPR memberhentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti-parti politik semasa Pameran RDPT dijalankanAzan bersama beberapa ahli PKR Kuala Terengganu mengadakan sidang media membantah SPR memberhentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti-parti politik semasa Pameran RDPT dijalankan

PKR Terengganu membantah tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberhentikan pengedaran Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Tahun kepada parti-parti politik semasa Pameran RDPT dijalankan.
Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail berkata, arahan ini menimbulkan keraguan kerana dikeluarkan menjelang pilihan raya umum ke-14 dan selepas beberapa pendedahan pengundian meragukan oleh Bersih 2.

"Kami mempersoalkan tindakan SPR melarang pengedaran itu sedangkan sebelum ini salinan rang daftar pemilih boleh didapati oleh mana-mana parti politik sama ada dalam bentuk PDF melalui cakera padat mahupun buku.

"Tindakan SPR ini menyukarkan lagi pihak tertentu untuk memastikan senarai daftar pemilih adalah bersih kerana sebaik sahaja daftar pemilih diwartakan, Seksyen 9A Akta Pilihan Raya menghalang sebarang cabaran terhadapnya," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Surat Pekeliling oleh Setiausaha SPR Datuk Haji Abdul Ghani Bin Salleh, nombor rujukan: S.P.R.600-3/1/4(27), mengarahkan semua Pengarah SPR negeri mematuhi arahan untuk melarang pengedaran RDPT dalam bentuk buku dan cakera padat kepada parti politik berikutan keputusan mesyuarat suruhanjaya itu pada 28 Mac lalu.

Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, tindakan tersebut bukan hanya terpakai kepada parti politik tetapi juga kepada semua pihak lain yang berkepentingan.

Mengulas lanjut, Azan yang juga Adun Bandar berkata, tindakan SPR itu jelas cuba menghadkan akses kepada rang daftar pemilih serta menghalang pihak tertentu memeriksa dan memastikan daftar pemilih adalah telus dan bersih.

"Tindakan SPR ini hanya membolehkan penipuan pilihan raya berlaku. Justeru kami mengesa SPR menarik semula larangan pengedaran rang daftar pemilih tambahan kepada semua pihak yang yang ingin memilikinya samada daripada parti politik mahupun badan bukan kerajaan bagi mengelak lebih presepsi buruk terhadap SPR selepas beberapa pendedahan penyelewengan SPR yang sedikit sebanyak merosakkan nama suruhanjaya itu," katanya



Demikianlah Artikel PKR Terengganu bantah SPR larang edar Rang Daftar Pemilih

Sekianlah artikel PKR Terengganu bantah SPR larang edar Rang Daftar Pemilih kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKR Terengganu bantah SPR larang edar Rang Daftar Pemilih dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2017/05/pkr-terengganu-bantah-spr-larang-edar.html

Subscribe to receive free email updates: