Itu Bukan Haziq, Kata Pemimpin PKR

Itu Bukan Haziq, Kata Pemimpin PKR - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Itu Bukan Haziq, Kata Pemimpin PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Itu Bukan Haziq, Kata Pemimpin PKR
link : Itu Bukan Haziq, Kata Pemimpin PKR

Baca juga


Itu Bukan Haziq, Kata Pemimpin PKR


RAKAN karib Muhammad Haziq Abdul Aziz, yang merupakan graduan undang-undang di Universiti Malaya (UM), mengatakan mereka tidak pernah mengetahui rakannya itu adalah gay.

Dua rakan karib, yang juga merupakan kenakan keluarga Muhammad Haziq, 27, berkata, mereka mengenali Haziq lebih sedekad dan sepanjang perkenalan itu, rakannya itu tidak pernah menjadi gay dan menjalinkan hubungan yang baik dengan seorang wanita selama bertahun-tahun. 

"Dia mempunyai teman wanita sebelum ini. Mereka menjalinkan hubungan lama sebelum saya mendapat tahu mereka telah berpisah, baru-baru ini," kata seorang rakan.

Seorang rakan Muhammad Haziq yang sama-sama belajar di Sekolah Sains Alam Shah di Cheras berkata, dia seorang yang kuat agama dan aktif dalam persatuan pelajar Islam di sekolah.

"Dia seorang yang kuat agama semasa zaman sekolah dan dia pernah mendedahkan seorang budak lelaki lain yang 'menyentuh' pelajar junior semasa mereka sedang tidur. Dia amat tegas pasal hal tu.

"Saya tahu dia dah lama ada teman wanita. Dia datang dari keluarga yang baik-baik dan dihormati di Kuching. Dia begitu rapat dengan keluarganya.

"Saya yakinkan ibunya untuk izinkan dia ambil jurusan undang-undang selepas SPM. Kami bersama-sama pergi ke Toulon, Perancis untuk kursus kepimpinan.

"Kami bersama mengasaskan Mahasiswa Keadilan Malaysia. Kemudian kami membawa haluan masing-masing kerana saya mula melakukan kerja-kerja NGO manakala dia lebih kepada parti politik," ujar seorang rakan.

Sejak Selasa, video yang memaparkan dua lelaki melakukan hubungan seks dengan salah seorangnya mirip menteri tersebar di media sosial.

Pada Rabu, Muhammad Haziq membuat pengakuan di Facebook bahawa dia merupakan lelaki di dalam video seks itu.

Dia juga menyebut nama menteri yang didakwa bersama dalam rakaman itu dan menyelarnya tidak layak menjadi pemimpin.

Muhammad Haziq juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat menteri tersebut kerana rasuah. - The Star


Sementara itu FMT melaporkan Ketua Cabang Santubong turut menafikan individu yang mengaku dirinya itu adalah Haziq..

KUCHING: Ketua PKR Cabang Santubong, Ahmad Nazib Johari berkata, lelaki dalam video dimuat naik ke Facebook yang mengaku dirinya mengadakan hubungan seks sejenis dengan seorang menteri bukan Ketua Pemuda bahagiannya, Muhammad Haziq Aziz.  
“Haziq bukan macam ini. Rambutnya tidak seperti ini apabila saya jumpa dia 4 hari lalu,” kata Nazib
Dalam rakaman video selama 30 saat yang dimuat naik awal pagi tadi, Haziq yang dikatakan selalu ke gim mengaku dirinya ialah lelaki dalam beberapa klip video seks sejenis yang tersebar di WhatsApp sejak semalam.  
Beliau menamakan seorang menteri kanan yang juga pemimpin PKR sebagai pasangan seksnya. Tetapi, Nazib menafikan itu ialah Haziq yang bercakap. 
“Dia sudah lama tidak pergi ke gim, badannya tidak sebesar dalam video itu.”

Kesimpulannya... Ini adalah pengajaran buat pemimpin-pemimpin PH khususnya PKR yang kelihatan lebih selesa mengangkat macai-macai UMNO/BN untuk berkhidmat di bawahnya setelah menguasai Kerajaan..

Percaya sangat dengan macai-macai tu... padan muka


Demikianlah Artikel Itu Bukan Haziq, Kata Pemimpin PKR

Sekianlah artikel Itu Bukan Haziq, Kata Pemimpin PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Itu Bukan Haziq, Kata Pemimpin PKR dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2019/06/itu-bukan-haziq-kata-pemimpin-pkr.html

Subscribe to receive free email updates: