COVID-19: SPRM Siasat Syarikat Dapat Kontrak RM30 Juta

COVID-19: SPRM Siasat Syarikat Dapat Kontrak RM30 Juta - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul COVID-19: SPRM Siasat Syarikat Dapat Kontrak RM30 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : COVID-19: SPRM Siasat Syarikat Dapat Kontrak RM30 Juta
link : COVID-19: SPRM Siasat Syarikat Dapat Kontrak RM30 Juta

Baca juga


COVID-19: SPRM Siasat Syarikat Dapat Kontrak RM30 Juta


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta, lapor The Malaysian Insight.

Memetik laporan The Malaysian Insight, difahamkan syarikat sama mendapat kontrak membekalkan kelengkapan sistem makmal di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber di SPRM bagaimanapun enggan mendedahkan nama kementerian yang terbabit dalam siasatan itu.

"Saya tidak boleh dedahkan nama kementerian tetapi beberapa saksi akan dipanggil dalam masa terdekat," katanya kepada The Malaysian Insight, malam ini.

Sumber memberitahu, sebuah pasukan penyiasat sudah ke kementerian itu minggu lepas, dengan fokus siasatan bertumpu pada ketelusan penganugerahan kontrak tersebut.

"Siasatan kes ini masih di peringkat awal. Kes ini dimulakan sejak kami mendapat maklumat mengenai pemberian kontrak selain beberapa maklumat di media sosial yang mempersoalkan cara pemberian kontrak," katanya.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba hari ini mengumumkan kesediaan pihaknya bekerjasama dengan agensi rasuah bagi memastikan kementeriannya bersih dan berintegriti, ketika ada desas-desus pegawai di kementeriannya disiasat oleh SPRM.

"KKM sentiasa memantau dan memastikan jati diri serta integriti warga KKM berada pada tahap yang terbaik.

"KKM akan sentiasa menyokong penuh usaha SPRM membasmi gejala rasuah serta penyelewengan.

"KKM akan terus bekerjasama dengan SPRM termasuklah dalam memastikan warga kementerian sentiasa menitikberatkan nilai integriti sepenuhnya," katanya dalam kenyataan ringkas, hari ini.

Pada 30 April lalu, peguam Wee Choo Keong meminta KKM bersikap telus berhubung kontrak perolehan yang diberikan kepada sebuah syarikat yang didakwa tidak layak, yang membabitkan usaha melawan Covid-19.

Beliau mendakwa syarikat itu adalah sebuah syarikat pemaju hartanah tetapi mendapat kontrak melengkapkan makmal bagi tujuan saringan jangkitan dan kemudian untuk membekalkan PPE lapor Harian Metro


Demikianlah Artikel COVID-19: SPRM Siasat Syarikat Dapat Kontrak RM30 Juta

Sekianlah artikel COVID-19: SPRM Siasat Syarikat Dapat Kontrak RM30 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel COVID-19: SPRM Siasat Syarikat Dapat Kontrak RM30 Juta dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2020/05/covid-19-sprm-siasat-syarikat-dapat.html

Subscribe to receive free email updates: