Sekat Pendakwah?.. Tak Tahu Fakta Jangan Nak Auta Muhyiddin..

Sekat Pendakwah?.. Tak Tahu Fakta Jangan Nak Auta Muhyiddin.. - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sekat Pendakwah?.. Tak Tahu Fakta Jangan Nak Auta Muhyiddin.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sekat Pendakwah?.. Tak Tahu Fakta Jangan Nak Auta Muhyiddin..
link : Sekat Pendakwah?.. Tak Tahu Fakta Jangan Nak Auta Muhyiddin..

Baca juga


Sekat Pendakwah?.. Tak Tahu Fakta Jangan Nak Auta Muhyiddin..

Muhyiddin meminta supaya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang berlainan fahaman politik.

Ini kerana pemilihan pengurusan masjid yang dibuat secara demokratik oleh ahli-ahli kariah tidak harus dipolitikkan dengan menafikan jemaah Islam menguruskan masjid mereka sendiri.

Katanya, pihak berwajib yang mentadbir urusan agama Islam juga tidak seharusnya mengekang penyebaran dan pengajaran Islam berdasarkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) secara ketat sehingga menafikan orang Islam menimba ilmu di tempat perhimpunan orang Islam.

"Saya juga melihat video yang viral berkenaan AJK beberapa masjid di Pulau Pinang yang meletak jawatan kerana mendakwa terdapat campur tangan daripada kerajaan negeri berkenaan kedudukan mereka yang telah dipilih oleh ahli-ahli kariah.

"Saya berharap pihak berwajib tidak mengambil tindakan terhadap para pendakwah dan AJK masjid semata-mata kerana berlainan fahaman politik," katanya... sebahagian dari laporan oleh MalaysiaKini.

Bagaimanapun cubaan untuk membela oleh Muhyiddin itu dibidas oleh Dr. Azman..

Dr Azman Ismail membidas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Yassin yang disifatkan tidak menghormati keputusan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) selepas dilihat bertindak mempertikaikan tindakan terhadap pendakwah dan ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang berlainan fahaman politik.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu berkata, Mahiaddin tidak perlu untuk membela tindakan salah yang mereka lakukan sehingga tidak memungkinkan untuk dilantik sebagai calon jawatankuasa kariah masjid penggal 2023 hingga 2025 di Pulau Pinang.

Menurutnya, berlaku pelanggaran etika pentadbiran dengan melakukan perkara berbentuk politik parti seperti membenarkan program kutipan dana pilihan raya, pelancaran jentera pilihan raya parti dalam dewan masjid dan membiarkan masjid menjadi pentas politik kebencian.

Sebaliknya kata beliau, kesalahan-kesalahan yang dilakukan sememangnya suatu perkara atau perbuatan yang tidak betul untuk dilakukan meskipun di mana-mana masjid kelolaan Majlis Agama Islam di mana-mana negeri sekali pun.

“Ini satu kenyataan melulu Mahiaddin tidak berdasarkan fakta sebenar, kalau tindakan salah kena diambil tindakan termasuk kepada mana-mana parti politik sekalipun.

“Tidak seharusnya mempolitikkan masjid dengan menggunakan masjid atas dasar politik. Perkara ini tidak boleh berlaku kerana akan memecah-belahkan masyarakat,” katanya kepada Malaysia Dateline.


Demikianlah Artikel Sekat Pendakwah?.. Tak Tahu Fakta Jangan Nak Auta Muhyiddin..

Sekianlah artikel Sekat Pendakwah?.. Tak Tahu Fakta Jangan Nak Auta Muhyiddin.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sekat Pendakwah?.. Tak Tahu Fakta Jangan Nak Auta Muhyiddin.. dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2022/12/sekat-pendakwah-tak-tahu-fakta-jangan.html

Subscribe to receive free email updates: