Batu Putih: Siapa Pengaruhi Jemaah Menteri Untuk Tidak Semak Keputusan ICJ

Batu Putih: Siapa Pengaruhi Jemaah Menteri Untuk Tidak Semak Keputusan ICJ - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Batu Putih: Siapa Pengaruhi Jemaah Menteri Untuk Tidak Semak Keputusan ICJ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Batu Putih: Siapa Pengaruhi Jemaah Menteri Untuk Tidak Semak Keputusan ICJ
link : Batu Putih: Siapa Pengaruhi Jemaah Menteri Untuk Tidak Semak Keputusan ICJ

Baca juga


Batu Putih: Siapa Pengaruhi Jemaah Menteri Untuk Tidak Semak Keputusan ICJ

 

Keputusan Jemaah Menteri semalam akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan adalah tepat dan betul dari segi moral serta kedaulatan negara.

Penubuhan RCI itu nanti sudah tentu menjadi kunci bagi membuka 'peti persoalan' bagaimana kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika dipimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2018 bersetuju menarik balik semakan keputusan dibuat Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 2008.


Kerajaan PH membuat keputusan untuk tidak meneruskan permohonan semakan pada 11 Jun 2018 tanpa mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara dan kesemua pemegang taruh termasuk Kementerian Luar, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Johor.

Keputusan itu bukan saja dilihat mengejutkan, bahkan menggugat kedaulatan negara khasnya Johor. Apakah justifikasi utama PH enggan meneruskan semakan dibuat ketika itu. Adakah ia bermotifkan politik atau disebabkan alasan lain seperti kos perundangan?

Ketika keputusan dibuat, Peguam Negara waktu itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut diarahkan mengambil cuti tanpa rekod selama 30 hari bermula 14 Mei hingga 14 Jun 2018. Atas sebab keputusan Jemaah Menteri waktu itu, Malaysia kehilangan kedaulatan terhadap Batu Puteh buat selama-lamanya.


Sebelum ini, kerajaan Barisan Nasional (BN) memfailkan permohonan semakan semula ke atas keputusan ICJ pada 2008, memutuskan pulau itu milik Singapura. Namun permohonan semakan semula keputusan ICJ itu ditarik balik PH pimpinan Dr Mahathir selepas ia mengambil alih Kerajaan Persekutuan pada 2018.

Perlu diketahui, parti membentuk kerajaan waktu itu berbeza dengan sekarang. Walaupun PH memerintah, Dr Mahathir sebagai Pengerusi BERSATU diangkat sebagai Perdana Menteri kerana BERSATU bersama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH). Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mendapat pengampunan diraja pada 16 Mei 2018.

Apa yang penting, anggota RCI bakal dilantik perlu mengamalkan ketelusan dan integriti dalam menjalankan siasatan ke atas keputusan Jemaah Menteri pada 11 Jun 2018 kerana tindakan menarik balik permohonan semakan keputusan ICJ dan Permintaan Tafsiran ke atas keputusan sama adalah tidak teratur dan tidak wajar.

Siasatan perlu menjurus kepada elemen 'tidak teratur dan tidak wajar' ini kerana implikasi daripada keputusan Jemaah Menteri waktu itu, Singapura mendapat hak milik terhadap Batu Puteh tanpa boleh dicabar lagi oleh Malaysia. Siasatan juga perlu bebas daripada sentimen politik atau balas dendam politik.


Bahkan, siasatan RCI itu juga menjadi jalan bagi mencari individu atau pemimpin mana perlu dipertanggungjawabkan dan dikenakan hukuman sewajarnya sehingga mendorong Jemaah Menteri membuat keputusan merugikan negara dan menggugat kedaulatan negara - BH


Demikianlah Artikel Batu Putih: Siapa Pengaruhi Jemaah Menteri Untuk Tidak Semak Keputusan ICJ

Sekianlah artikel Batu Putih: Siapa Pengaruhi Jemaah Menteri Untuk Tidak Semak Keputusan ICJ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Batu Putih: Siapa Pengaruhi Jemaah Menteri Untuk Tidak Semak Keputusan ICJ dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/batu-putih-siapa-pengaruhi-jemaah.html

Subscribe to receive free email updates: