Wan Junaidi TYT Sarawak kelapan

Wan Junaidi TYT Sarawak kelapan - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wan Junaidi TYT Sarawak kelapan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wan Junaidi TYT Sarawak kelapan
link : Wan Junaidi TYT Sarawak kelapan

Baca juga


Wan Junaidi TYT Sarawak kelapan

KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertua (TYT) Sarawak kelapan berkuat kuasa hari ini.

Hari ini Wan Junaidi, 77, menerima surat cara pelantikan itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan TYT Sarawak di Balairung Kecil, Istana Negara.


Wan Junaidi, 77, dilantik sebagai TYT Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun sehingga 26 Januari 2028.

Pelantikan Wan Junaidi bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

Terdahulu, Wan Junaidi dilapor melepaskan jawatan sebagai Speaker Dewan Negara yang disandangnya sejak Jun tahun lalu, menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Tindakan itu mengundang spekulasi dengan ramai mengaitkan nama beliau sebagai calon TYT Sarawak yang baharu.

Dahulu Tuan polis kini Wan Junaidi jadi Tuan Yang Terutama


Wan Junaidi adalah figura yang pernah berada di barisan paling hadapan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air daripada ancaman komunis selain berpengalaman luas dalam urusan pentadbiran negara.

Mempertaruhkan nyawa dalam beberapa siri operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara di kawasan Miri, Sibu serta Kapit semasa berkhidmat bersama Pasukan Polis Hutan, menjadi bukti kesetiaan patriot itu semasa negara berada dalam tempoh sukar.

Beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Januari 2024 hingga 26 Januari 2028.

Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

Dilahirkan di Kampung Pendam (kini Sadong Jaya), Sarawak pada 1 Februari 1946, Wan Junaidi menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia pada 1964 sebelum berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan dari tahun 1968 hingga 1973, dan dalam tempoh itu beliau juga pernah bertugas di Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM).

Beliau kemudiannya mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang di University of Buckingham, England pada tahun 1978 sebelum menjadi pengamal undang-undang dari 1982 hingga 2008.


Permulaan perjalanannya sebagai seorang wakil rakyat bermula pada 1990 selepas memenangi kerusi Parlimen Batang Lupar dalam Pilihan Raya Umum kelapan yang dipertahankannya untuk dua penggal seterusnya, sebelum berpindah ke Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004 dan berjaya mempertahankannya untuk empat penggal berturut-turut hingga pilihan raya umum pada 2022 - BH


Demikianlah Artikel Wan Junaidi TYT Sarawak kelapan

Sekianlah artikel Wan Junaidi TYT Sarawak kelapan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wan Junaidi TYT Sarawak kelapan dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/wan-junaidi-tyt-sarawak-kelapan.html

Subscribe to receive free email updates: