Pelabur Tak Datang Jika Banyak Kes Rasuah Ahli Politik - Rafidah

Pelabur Tak Datang Jika Banyak Kes Rasuah Ahli Politik - Rafidah - Hallo sahabat BERITA TERUPDATE, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelabur Tak Datang Jika Banyak Kes Rasuah Ahli Politik - Rafidah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis, Artikel Gosip, Artikel kabar, Artikel News, Artikel Politik, Artikel Selebritis, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelabur Tak Datang Jika Banyak Kes Rasuah Ahli Politik - Rafidah
link : Pelabur Tak Datang Jika Banyak Kes Rasuah Ahli Politik - Rafidah

Baca juga


Pelabur Tak Datang Jika Banyak Kes Rasuah Ahli Politik - Rafidah

 


KUALA LUMPUR: Satu demi satu kes rasuah dibawa ke mahkamah membabitkan ahli politik menyebabkan negara sukar menarik minat pelabur asing.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, berkata tidak kira berapa cekap perkhidmatan awam di negara ini tetapi kes mahkamah itu tetap membayangi pelabur asing, seterusnya memberi tanggapan buruk kepada Malaysia.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai cabaran yang terpaksa dihadapi kerajaan bagi menarik pelabur asing di negara ini dalam episod terbaharu podcast Keluar Sekejap.

Rafidah ialah wanita pertama yang dijemput menjadi tetamu khas dalam podcast yang dikendalikan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan.

Sebelum ini, beberapa kes rasuah membabitkan mereka yang berprofil tinggi.

Antaranya kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah ke atas dana SRC International berjumlah RM42 juta.


Selain itu ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan kira-kira RM200 juta dana yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Dalam pada itu, Rafidah turut memaklumkan beliau sudah muak dengan pengumuman yang dilakukan oleh kerajaan sebelum inisiatif itu dilaksanakan.

"Saya muak dengan pengumuman kerajaan. Tak perlu umum, ambil tindakan. Dahulu, kita pernah berkata jika seseorang bercakap banyak, adakah anda NATO (no action, talk only)? Tiada tindakan tapi hanya tahu bercakap. Itu ayat kita selalu guna kepada mereka yang selalu umumkan program tanpa melaksanakan terlebih dahulu," katanya - BH


Demikianlah Artikel Pelabur Tak Datang Jika Banyak Kes Rasuah Ahli Politik - Rafidah

Sekianlah artikel Pelabur Tak Datang Jika Banyak Kes Rasuah Ahli Politik - Rafidah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelabur Tak Datang Jika Banyak Kes Rasuah Ahli Politik - Rafidah dengan alamat link https://kukasihberita.blogspot.com/2024/01/pelabur-tak-datang-jika-banyak-kes.html

Subscribe to receive free email updates: